Quantcast
Channel: kencingkucing
Viewing all 26 articles
Browse latest View live

Perhimpunan Agong UMNO 2009

$
0
0
Update lagi.

Malam ini adalah malam yang gagal bagi aku sebagai seorang pelepak mamak yang tegar. Tiada rakan boleh menemani sesi mamak ku pada malam yang penuh keramat ini. Nak lepak sorang-sorang, tak ada kekuatan pula. Sebab tu aku boleh update KENCINGKUCING time-time macam ni. 12.30 am. Biasanya time-time camni sebok bergelak ketawa di mamak.

Jadi, sebagai ganti sesi kopi o ais di mamak, aku memandu Si Putih ku tanpa arah tujuan. Seorang diri. Lebih kepada sesi penghilang serabut otak sebenarnya. Entah kenapa, malam ini aku rasa serabut gila. Sel-sel neuron dalam kepala otak mula berevolusi menjadi sabut-sabut kelapa. Tempurung kepala dikukur untuk mendapatkan isinya. Lantas isinya diperah-perah untuk mendapatkan santan. Masak kari memang sedap.

Memang seronok menghabiskan minyak kereta tanpa arah tujuan. Lebih-lebih lagi bila minyak kereta telah diisi penuh oleh ayahanda tercinta. Sambil sebatang rokok winston merah membara di celah-celah jari, menandakan semangat aku yang membara-bara untuk memandu ketika itu. Padahal drive 60km/h saja.

Aku rasa budaya lepak di mamak malam-malam buta ini sudah sebati dengan rakyat Malaysia. Di mana-mana mamak di pusat-pusat bandar, pasti ada pelanggan, hatta jam sudah menjejak ke angka 4 pagi. Budaya ini adalah satu perkembangan yang sihat, pada pendapat aku. Rakyat Malaysia semakin ramai yang boleh berjaga malam. Kesempatan ini harus digunakan oleh syarikat-syarikat untuk meningkatkan produktiviti mereka. Macam yang aku pernah sebutkan dahulu, waktu pembelajaran di universiti juga boleh diselaraskan untuk mereka yang tak reti-reti nak tidur di waktu malam ini. Boleh diadakan kelas pada waktu malam. Aku yakin, pointer aku pasti akan meningkat sejajar dengan kehadiran aku ke kelas, sekiranya cadangan aku ini digunapakai oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Pengguna.

Di sini aku ingin lampirkan beberapa adab yang harus kita patuhi untuk menjadi pelepak mamak yang unggul lagi berkesan.


1. Pastikan diri kamu hadir tidak terlalu awal atau terlalu lambat.

Kalau kamu hadir terlalu awal, nanti kamu tercongok seorang diri di table, sambil dalam hati menyumpah seranah rakan-rakan kamu yang janji datang pukul 10.00 tapi dah pukul 11.00 tak nampak batang hidung. Pastikan juga kredit kamu cukup untuk memanggil teman-teman seperlepakan. Gegar kasi lincah sikit. Agak-agak air teh o ais kamu dah habis separuh, dan teman-teman masih belum muncul, jangan ragu-ragu. Call saja dan terus lemparkan cacian paling mutlak yang terlintas di fikiran kamu waktu itu.

Sebenarnya kita boleh kelaskan pelepak-pelepak mamak ini kepada 2 kelas:

Kelas pertama: Pelepak yang biasanya sampai awal dan akan meroger rakan-rakan agar datang dengan lebih cergas dan tangkas.

Kelas kedua: Pelepak pasif. Hanya akan bergerak meninggalkan rancangan Konsert Akademi Fantasia di tv rumah apabila telinga tak tahan mendengar cacian paling mutlak daripada pelepak kelas pertama.

Berusahalah untuk sentiasa menjadi pelepak kelas pertama. Kamu akan lebih disanjungi dan disayangi rakan-rakan kamu.

Jangan pula kamu datang terlalu lambat. Kala itu air yang dipesan semua sudah habis. Projek seterusnya akan menyusul, seperti round-round bandar, usyar mak nyah di Susur, lepak di Danga Bay atau masuk ke CC bermain Counter-Strike. Ketika itu tak payah berangan nak order air. Pasti kamu kena tinggal.


2. Pastikan bateri telefon bimbit kamu penuh.

Waktu lepak di mamak adalah waktu paling ideal untuk bertukar-tukar file-file terbaru. Transaksi file melalui perantaraan Bluetooth memang boleh dikatakan paling aktif pada waktu itu. Contoh-contoh file seperti yang biasa, 3gp terbaru, lagu-lagu terbaru, gambar-gambar stylo dan sebagainya. Adalah menjadi satu kesalahan besar apabila telefon bimbit kamu tidak berupaya untuk menghantar sesuatu file disebabkan ketidakcukupan bateri. Straight kamu akan dimaki hamun dengan tegas. Lebih-lebih lagi jika kamu sentiasa up-to-date dengan 3gp tarbaru. Telefon bimbit kamu pasti akan di pass-pass dari satu tangan ke tangan yang lain. Semua sibuk nak tengok aksi yang dipertontonkan. Janganlah berangan untuk bermain mesej dengan gadis-gadis genit waktu itu. Tak dapat kamu nak reply.


3. Letakkan kotak rokok kamu di atas meja, bagi yang merokok.

Ini adalah simbol bahawa kamu tidak kedekut. Agak tidak beradab jika kamu mempunyai sekotak rokok, dan hanya mengeluarkan kotak tersebut apabila kamu mahu menghisapnya. Letakkan saja di atas meja. Biasalah akan ada tangan-tangan yang entah dari mana menjulur laju lantas mengambil sebatang rokok.

"Bot, sebat (sebatang) rokok sejuk bot. Tukar dengan Winston aku. Tetibe nak rase angin antartika lak kat mulut nih."

"Amik2. Bukan angin antartika je. Angin ahmar pun kau dapat sekali."

"Eh bot. Tinggal sebatang je ni bot. Tak pe ah.."

"Amik je lah sial. Kang nanti aku beli lagi. Rokok je pun."

"Nice one la bot. I love u very much."

Kan sejuk hati bila mendengar dialog di atas. Terasa ukhuwah terjalin erat antara pelepak-pelepak tegar. Rokok memang boleh menyatukan bangsa.


4. Jangan rembat lighter orang lain

Selepas gunakan sesebiji lighter, letakkan kembali di hadapan tuan punya lighter itu. Jangan kamu dengan sewenang-wenangnya meletakkan lighter itu di hadapan kamu. Lebih teruk lagi jika kamu terus sumbatkan lighter tersebut ke dalam kocek kamu tanpa rasa bersalah. Sakit hati kamu tahu tak. Lighter yang baru digunakan tak sampai 5 petik, tiba-tiba hilang lesap. Habis di rumah nak hisap rokok macam mana? Gesel batu sampai dapat api? Nyalakan rokok pakai dapur gas? Pakai toaster roti? Kasihanilah perokok-perokok tegar itu. Belilah lighter sendiri.

Aku syorkan lighter Cricker. Tahan lebih lama dengan nyalaan stabil. Walaupun saiz apinya tidak dapat dikawal, itu tidak penting. Peripentingnya sesebiji lighter itu hanyalah untuk menyalakan rokok. Bukan untuk dikawal saiz apinya seperti penunu Bunsen.


5. Ronyokkan kotak rokok yang telah habis.

Ini lagi satu adab penting dalam kategori rokok. Mana-mana kotak rokok yang tidak terkandung rokok di dalamnya, ronyokkan lah. Karang nanti bila ada orang nak rokok, terkuis-kuis dalam kotak kosong tersebut. Nescaya makian akan lancar keluar dari mulut si penguis itu. Nak-nak kotak Dunhill. Muka dah berseri-seri dah nak pau sebatang. Alih-alih tinggal dedak-dedak tembakau saja. Sirap pun menyirap kalau kena macam itu. Apatah lagi manusia biasa seperti kita.


6. Jangan leka bermain mesej.

Ingat tujuan kamu lepak di mamak. Untuk bertukar-tukar cerita dan mengetahui perkembangan-perkembangan terbaru rakan-rakan. Kalau mahu main mesej dengan serius, duduk saja di rumah. Rakan-rakan pun tak bengkek sangat dengan kehadiran kamu. Lainlah kalau isi kandungan mesej-mesej kamu itu sesuai untuk dikongsi bersama rakan-rakan setable. Kalau leka tengok 3gp tak apa. Rakan-rakan faham. Tapi pandai-pandailah tutup sound telefon bimbit tersebut.

Adab menonton 3gp juga harus dipandang serius. Letakkan telefon bimbit itu dibawah meja ketika menonton. Pandangan harus ditundukkan. Jangan diangkat megah di atas table. Bahaya jika di table sebelah ada keluarga sedang menjamu selera. Kena cucuk dengan garfu nanti.


7. Berboraklah dengan suara yang jelas untuk didengari semua.

Janganlah terlalu kuat pula, sampai didengari table sebelah-menyebelah. Cukup sekadar untuk didengari satu table. Berborak dengan nada sederhana. Biar isi perbualan jelas sampai dari hujung table ke hujung table yang lain. Kalau tidak nanti ada rakan yang terkebil-kebil bila seisi table ketawa berdekah-dekah. Nak ulang balik cerita, pasti malas. Bila waktu ketawa, tak ada hal. Ketawalah sepuas hatimu. Jangan sampai terburai isi perut sudah. Ketawa beramai-ramai akan meninggalkan satu nostalgia indah. Cara kamu ketawa juga akan menjadikan diri kamu unik dan lebih diingati.

Namun begitu, tidak semua perkara boleh dituturkan dengan kuat. Perkara-perkara seperti Abang Long, Ayahanda, buka baju, tunjuk buah, salam kaut, memang pantang dituturkan dengan kuat. Silap tempat, akan dipandang sinis oleh brader-brader table sebelah. Takut pangkat lebih tinggi.


Cukup sampai sini dulu, kot. Kalau kamu ada adab-adab lain yang sesuai, sila letakkan di ruangan komen, ya?

Post serious yang mungkin kamu tak akan baca

$
0
0
Tiba masa untuk aku update KENCINGKUCING. Study week dah sampai. Segala presentation dah selesai. Projek-projek hampis usai. Tiba masa untuk aku update KENCINGKUCING.

Aku dulu pernah azam. Waktu awal-awal penerbitan KENCINGKUCING dulu. Nak update setiap kali lepas berak. Namun hampa. Kebanyakan masa aku habis sewaktu cebok berak. Jadi nak update pun tak sempat.

Lepas tu aku azam nak update tiap-tiap minggu. Pun hampa juga. Kesibukan sebagai seorang penidur tegar membantutkan hasrat aku.

Tinggallah KENCINGKUCING terkapar-kapar.

Aku tak ada idea atau hasil-hasil pemerhatian baru untuk dititipkan. Atau mungkin idea-idea itu akan datang ketika aku sedang menaip. Jadi aku akan menaip sampah-sampah dulu sementara menunggu idea-idea tersebut datang. Serius aku tak ada hasil pemerhatian baru yang nak aku paparkan untuk kamu semua. Kepala masih ada sisa-sisa report final year project dengan process design project. Serabut-serabut tinggalan report-report tersebut masih bersemadi dalam kepala otak aku. Perlu 2, 3 hari untuk menyucikan mereka.

Kenapa kita perlu update blog? Untuk orang yang ada blog lah. Kalau tak ada blog, jadah apa nak update?

Selepas beberapa ketika tak update, mula dengar atau baca beberapa suara menyuruh update. Maafkan aku. Aku mahu update. Serius mahu. Tapi aku risau. Risau hasil update aku tidak dapat memuaskan nafsu pembaca-pembaca sekalian. Kalau update aku hanyalah sampah di pinggiran pantai, pasti kamu akan hilang nafsu untuk terus membaca. Kesan jangka panjang daripada itu ialah kamu akan mula membenci KENCINGKUCING, lantas terus tidak menjenguk ke halaman yang indah permai penuh syahdu ini.

Siapa yang tak mahu update blog sendiri? Siapa? Cakap dengan aku. Semua orang mahu. Tapi kesibukan berada di dalam lingkaran kehidupan yang tak tentu hala tuju ini, sedikit sebanyak mencemburui masa aku bersama KENCINGKUCING. Bukan aku tidak cuba untuk meluangkan sedikit dari masa aku untuk KENCINGKUCING. Puas aku cuba. Tapi mungkin cubaan aku tidak cukup perkasa untuk terus memenuhi kehendak masyarakat di sekeliling kita.

Apa aku merepek ni?

Aku agak cemburu melihat rakan-rakan seuniversiti aku dapat mengupdate blog mereka dengan berkisarkan cerita-cerita simple di sekeliling mereka. Walaupun kisah itu simple, tapi hasil dari pengolahan berkat kepala gila yang dianugerahkan, kisah simple itu tetap mampu membuat tulang-tulang osikel dalam perut bergegar ketawa riang gembira alam ria cuti sekolah. Contohnya seperti blog Achan, Nyamouq, Lisa dan nama-nama lain yang aku tidak sebut. Mereka sangat pandai mengolah kisah-kisah simple dalam hidup mereka, menjadikan kisah itu sesuai untuk dimuatkan dalam slot Akasia di TV3 menggantikan Spa Q 2.

Aku? Aku dapati diri aku sukar untuk berbuat demikian. Walaupun aku rasa banyak kejadian-kejadian menarik yg berlaku dalam ruang fana di sekeliling aku, aku tak rasa ianya cukup menarik untuk dimuatkan dalam KENCINGKUCING. Mungkin aku tiada keyakinan diri? Mungkin aku rasa hidup aku cukup dull? Aku pun tak tahu.

Post ini agak serius? Aku memang tengah menaip tanpa seulas senyuman pun di bibir.

Kenapa aku tiada idea sangat ni? Percaya atau tidak, ini sudah masuk hari keberapa post ini hanya dalam bentuk draft. Entah bila nak publish pun aku tak tahu. Belum cukup masak aku rasa untuk post ini dipublishkan. Biarlah dulu bersemadi dalam folder draft.

......................

Mainan perasaan sukar dijangka, kan?

Kadang-kadang perasaan itu datang sendiri. Bukan kita minta. Bukan kita paksa. Dia datang tanpa sedar. Menjenguk ke lubuk hati secara halus. Atau mungkin perasaan itu memang dah lama ada, cuma tuan punya badan yang tidak sedar. Atau buat-buat tak sedar.

Mainan perasaan, kalau dilayan memang seronok. Macam-macam angan-angan luar rasional boleh terbit. Kadang-kadang sampai melampaui batas kemampuan diri. Melampaui batas logik masa dan tempat. Perbezaan pandangan dan cara hidup dipinggirkan. Sedikit persamaan, yang hanya mungkin sangat kecil, diagung-agungkan. Angan-angan disandarkan atas sedikit persamaan yang tak pasti kesahihannya.

Setiap perbuatan cuba ditafsir. Setiap gerak langkah, tutur kata, taipan alam maya, malah mimik muka dikaji. Setiap inci perlakuan, seboleh-bolehnya akan dikaitkan dengan perasaan. Cuba menilik adakah sinar harapan di sebalik setiap ulah dan tingkah. Hasil tafsiran biasanya hanya akan mengecewakan diri. Namun masih cuba untuk menyedapkan hati. Malu mungkin? Segan barangkali? Atau sebenarnya memang tiada harapan?

Namun, atas dasar rasional juga, angan-angan cuba diketepikan. Kewajaran masa depan diutamakan. Bukan masa depan diri sendiri, tetapi bagi pihak berlawanan. Harus sedar di mana bumi berpijak. Perbezaan hidup yang ketara, umpama langit dan bumi, tidak mungkin menjadi mangkin sebuah angan-angan. Jika dengan persamaan yang hanya sebesar hama, mustahil untuk dijadikan asas yang kukuh. Pasti goyah. Kesilapan yang besar akan tercipta.

Hati dan perasaan, memang sukar dijangka.

Lebih elok seperti dulu. Ketawa tanpa apa-apa gelodak perasaan dalam jiwa. Senyum tanpa niat di balik mimik muka. Setiap baris kata tak perlu disusun indah. Untuk apa semua itu? Hanya menyakitkan jiwa.

Dah! Sedar diri sendiri. Sesungguhnya diri sendiri tidak layak untuk sebuah angan-angan.

..............

Serious shit aku tak suka serious-serious. Tapi sekali sekale menaip macam tadi bagus juga. Terluah sikit. Nak simpan sorang-sorang memang kusut masai la bulu-bulu roma aku.

Dah aku nak tidur.

Dia milikku, bukan milikmu

$
0
0
Aku cuba untuk tidak menulis deep-deep kali ni. Cukup dengan post sebelum ini.

Stadi week. Antara minggu-minggu yang memang aku nantikan. Sepanjang minggu kelas dimansuhkan, dengan harapan pelajar-pelajar dapat menumpukan perhatian untuk pembelajaran mereka sepanjang satu semester.

Objektif yang sangat jelas. Namun dari segi perlaksanaan, masih samar-samar.

Seperti biasa, aku senaraikan perkara-perkara yang sangat ketara berlaku ketika study week.

1. Perpustakaan

Satu perkara yang sangat jelas. Penggunaan Perpustakaan pasti meningkat pada minggu-minggu seperti ini. Macam minggu-minggu lain perpustakaan tu tak wujud dalam kamus dewan siswa siswi. Kalau minggu-minggu lain dengar orang cakap nak pergi perpustakaan, dialog-dialog seperti di bawah boleh didapati sebagai reaksi atas ungkapan pergi ke perpustakaan tadi:

"Ade majlis doa selamat ke? Makan-makan ade?? Kalau ade tunggu aku jap."

"Kau nak dating dengan awek mane lak hari nih??"

"Kat Perpustakaan boleh main DoTA/CS pakai internet ke? Tak kena blok ke?"

"Internet kat Perpustakaan boleh masuk Redtube ke?"

"Eh, sejak bile pulak Universiti kite ade perpustakaan?"

Dan pelbagai lagi reaksi yang mungkin diberikan. Biasanya reaksi negatif. Masakan tidak, muka yang bile tengok sekali dah tau pergi kelas pun 2,3 kali 1 semester, nak pergi Perpustakaan konon.

Aku? Dah lama aku tinggalkan benda-benda perpustakaan ni. Tak boleh study. Mata bukan ke buku, tapi ke yang bawa buku celah-celah almari. Yang cantik, comel, body solid dan macam-macam lagi lah. Tak ada yang akan terlepas daripada radar gadis aku ni. Ke radar aku yang aktif sangat?

Tapi sebab dah Final Year, nak tak nak perpustakaan memang harus dikunjungi. Pelbagai projek perlukan rujukan-rujukan buku-buku tebal.

2. Masjid

Sama macam perpustakaan, kunjungan ke Rumah Suci ini memang akan meningkat apabila study week menjelma. Alhamdulillah. Itu tandanya pelajar-pelajar kita masih tahu menyandarkan harapan kepada Yang Maha Kuasa. Tak guna belajar bertingkat-tingkat, tapi niat Solat Sunat Selepas Zohor pun tak ingat. Memang tak layak kahwin kalau macam tu.

3. Movie dan Series

Awal-awal study week, dah boleh listkan movie dan series apa yang boleh dihabiskan. Sebelum tu sibuk dengan tugasan, projek dan macam-macam. Masa ini lah segala dendam kesumat terhadap pelakon-pelakon comel Korea Selatan dan Jepun akan terlunas. 1 hari tegak 1 series 16 episod adalah perkara biasa yang sering dilakukan pelajar-pelajar kita. Kalau cerita sedih-sedih sikit macam Winter Sonata, atau Taiyou No Uta, boleh lah standby tisu siap-siap.

Siapa-siapa yang tengok Taiyou No Uta tak menangis, serius orang tersebut tak ada hati perut.

Masa ini juga nak menonton trilogy-trilogy yang panjang-panjang. Macam Lord Of The Ring, Star Wars, X-Men. Movie-movie yang pening-pening lah senang kata. Kalau tengok sekali tak faham. Sibuk download movie-movie ini. Bila seorang mula start layan, memang tak lama. Pasti lain-lain akan layan sekali. Mula-mula memang semangat nak stadi ni. Dah bawa lecture note, past year paper semua. Sekali sound efek si penonton movie ni sedap. Time tembak raksasa tu bunyi "kebabom!!!" kuat betul. Macam raksasa tu sebelah bilik je. Mana tak terlayan macam tu?

4. Dota/CS

Sebab aku merupakan bekas pemain DoTA, aku elaborate pasal DoTA saja, ya?

Study week boleh dikatakan minggu syurgaloka bagi pemain-pemain dota. Setiap masa ada saja game. Berhenti hanya untuk makan. Tak payah mandi nak main dota. Tak true. Kamu ingat yang pergi tournament dota wakil Malaysia tu mandi ke pagi-pagi?

Celik-celik mata saja, terus klik icon warcraft 3. Masa tu kat taskbar memang tak ada perkara lain lah. Warcraft 3 saja. Dan MiRC channel #War3. Sebaik saja ada game baru, memang lincah-lincah masuk. Bila tak sempat masuk, maki hamun paling keras akan terpacul secara automatik. Marah betul. Penat bangun pagi-pagi nak main dota, tapi tak dapat.

5. E-Learning/Web Portal Pelajar

Masa ni baru sibuk-sibuk nak download lecture notes. Padahal lecturer dah upload dari awal semester lagi. Bukan susah sangat pun nak download. Klik sikit-sikit saja. Entah kenapa time-time study week lah baru tau kewujudan lecture notes tu dalam e-learning. Selama ni pergi lecture bawa buku tulis dan sebatang pen saja. Kebiasaannya pen itu hanya digunakan untuk sign attendance. Kira OK lah. Dari tak pergi kelas langsung kan?

Ada juga yang study week baru nak enroll course. Biasa. Ada juga yang baru teringat akan kewujudan E-learning. Lupa password apatah lagi. Dah hujung-hujung sem baru nak access E-learning, memang lupalah password.

.........

Sebagai pelajar yang normal, kehidupan seharian aku secara asasnya tidak berubah apabila tiba study week ni. Seperti biasa, bangun tak tentu pukul berapa, tidur malam entah ke mana-mana, movie dan series sedang sibuk ditelaah, Lecture notes masih bersih tak berusik atas meja. Biasa lah tu. Lagi 2,3 hari nak paper baru terasa "Aku ni student rupanya. Ingatkan duduk universiti ni saje-saje".

Tapi aku cukup tersinggung dengan 1 perkara. Semenjak study week ni, makin ramai pula yang berkunjung ke Mapley Ameeth Yang Terkenal Dengan White Coffee Ais nya itu. Waktu-waktu puncak ialah tepat 12 tengah malam ke 1 pagi. Ramai nak mampos. Kalau yang ramai gadis-gadis tak apa. Tension. Waktu nk tenang-tenang lepak di Mapley Ameeth Yang Terkenal Dengan White Coffee Ais bergelak ketawa bersama rakan-rakan, jadi tak tenang dah. Sampai-sampai dah penuh. Dah ramai orang. Tak syok sangat.

Kenapa aku tak suka bila dah ramai sangat? Air aku akan sampai depan aku akan menjadi lambat, sehingga aku terpaksa order baru dapat. Ape fak weh!!!

Kalau bukan study week, tak payah order-order. Aku keluar kereta saja, dah siap dah white coffee ais untuk aku. Tinggal duduk dan minum sambil merosakkan paru-paru kurniaan Tuhan.

Tension tension

1. Kotak rokok letak gambar Angker. Tapi masalahnya yang hisap rokok tak cuak pun. Yang tak hisap rokok pulak cuak. Hilang selera makan. Memang aku kena balik JB cepat dan menjadi pelanggan setia Nusantara yang bersih dari gambar-gambar angker. Janin tak cukup usia, Paru-paru penuh tar jalan, kaki bengkak macam kena gigit ular tedung, Tekak berlubang. Entah apa-apa.

2. Mood nak study tak sampai-sampai lagi. Baru 2,3 slide lecture notes, dah hilang fokus. Mulalah nak tengok video, cari lirik lagu, cari chord gitar, melalak kuat-kuat dan sebagainya. Karang nanti esok nak paper baru tau erti kedasyatan Final Exam.

3. er..2 je kot.

Babai.

Sekolah Agama, Kelab Bahase Arab, Perangai Macam Setan Jugak

$
0
0
Rokok dan pemetik api, memang tak boleh dipisahkan lagi. Macam kucing dengan tahi kucing. Ibarat anjing dan bayang-bayang. Umpama Rifae dengan Dota. Seperti Bonzer dan WOW. Hubungan mereka memang kuat. Jika tiada salah satu, pincanglah kehidupan normal seorang perokok.

Adalah satu kecelakaan yang besar, apabila rokok sudah disisip kemas di pinggir bibir, tapi lighter tidak berada di sisi. Dengan segera diri akan menjadi gundah gulana. Hidup tak tenteram. Jadual waktu tak menentu. Mata akan mula meliar kiri kanan, mencari sumber api.

“Ape lancau nih? Mana lighter aku beli malam tadi? Asshole mane rembat lighter aku nih?? Aku baru gune tak sampai 5 kali lah sial!”

Kepala mula kusut. Angan-angan indah untuk menghembus asap-asap pemusnah kesihatan terbantut. Tangan dah mula gigil-gigil. Memang hebat penangan hilang lighter ni. Dia punya tangkap sampai dekat sum-sum tulang. Rasa nak karate je pokok-pokok balak berhampiran untuk dijadikan unggun api buat nyalakan rokok.

Sebagai seorang manusia, amnya, dan sebagai seorang perokok, khasnya, pernah tak kita fikir bagaimana kitaran hidup seketul lighter? Bagaimana sejak kotak lighter tersebut dibuka, dan pandangan hidup lighter tersebut berubah mendadak, adalah suatu yang sangat abstrak.

Baru-baru ini, aku telah menjelma menjadi seketul lighter, demi menyelami hati dan perasaan lighter yang telah banyak berjasa kepada pembentukan sel-sel kanser dalam badan manusia seperti kita. Cakap banyak tak guna. Baca sendiri kat bawah tu..

********************

Gua lighter. Sori. Gua tak biase 'aku-kau' nih. Tak ganas. Gua bukan lighter buat cucuh api dapur nak masak gulai ikan tempoyak. Gua juga bukan lighter nak nyalakan api lilin kek hari jadi Selamat hari jadi to you.... Selamat hari jadi to you.... Selamat hari jadi to you kepala otak kau!. Malang sial siapa-siapa jadi lighter buat cucuh lilin kek besday. Kene cemuh semua lighter tau tak?!

Lu orang jangan tanye gua kenapa gua jadi lighter. Gua memang tak mintak nak jadi lighter ni. Kalau boleh mintak, memang gua dah mintak jadi MOK dah. Serious doh. Gua tau semua orang pun sama kan?

OK. Pendek kan cerite. Gua malas nak cerita pasal kilang tempat gua jadi dulu. Gua memang tak pandai cakap-cakap pasal kilang ni. Dulu time sekolah dulu takde ajar pasal kilang. Yang gua tau kentut gua berapi. Pastu manusia-manusia seronok cucuh rokok dengan kentut gua. Tak paham betol. Tapi lame-lame baru gua tau. Itu simbol keganasan sejagat. Gua suke ganas-ganas.

Hidup gua bermula bila ada orang bukak kotak tempat gua dengan rakan-rakan gua beratur. Display dekat atas almari. Mula-mula gua curiga. Almari apa ini? Ini bukan seperti dalam angan-angan gua selama ini. Mana Maria Ozawa gua? Gua ada dengar khabar angin Maria Ozawa nak buat video baru bertajuk "Naughty Japanese on Couch while Smoking". Nak smoking kena ade lighter ganas macam gua. Baru laris video tu. Ini tak habis-habis buat video angle sama je. Budak sekolah tengok pun dah bosan.

Gua beratur barisan paling belakang. Memang cibai. Tiap-tiap jam gua tengok kawan-kawan seangkatan gua kena rembat dengan pelanggan-pelanggan kedai ni. Gua dah tak sabar. Beratur lame-lame macam ni, apa jadah? Gua bukan budak sekolah. Gua lighter! Gua cuba sabar. Lagipun gua tengok muke sorang-sorang yang beli lighter-lighter depan gua semua muka jambu. Padan muke kawan-kawan depan gua kene beli sebab nak nyalakan lilin kek besday.

Satu hari, sedang gua berangan cucuhkan rokok untuk Siti Nurhaliza, gua perasan sorang mamat cool gila datang counter. Gua berdebar. Masa tu depan gua dah tak ada lighter lagi. Tinggal barisan gua saja. Gua mula bermonolog dalaman.

"Tolong pilih gua. Tolong pilih gua."

Pap! Gua rasa gua kena angkat. Bergoyang-goyang air ape entah dalam tubuh ganas gua. Gua rasa teruja. Gua tau gua dah jadi Lighter Yang Terpilih.

"Cha! Macam biase cha. White coffee ais. Sampoerna 14. Bagi kotak baru cha! Kau jangan nak mempermain-mainkan paru-paru aku bagi rokok kotak lame. Dengan lighter sekali cha."

"OK2. lapan ringgit. Makan tak ka?"

"Tak2. OK Cha. Tenk yu!"

Gua puas. Akhirnya masa gua tiba. Kewujudan gua sebagai seketul lighter akan lebih bererti. Gua dah tak sabar nak mulakan tugas pertama.

Sekilas gua amati tuan baru gua ni. Muka kacak, cool, ganas tapi terserlah sinar kasih sayang dari muka beliau. Gua yakin beliau akan menyayangi gua seperti menyayangi paru-paru beliau sendiri. Dari cara genggaman tangan beliau ke arah gua, gua tau Tuhan telah mengurniakan gua anugerah yang terbaik.

"Hah ni aku dah beli lighter baru! Jangan hilang lagi. Babi betul lighter guna tak sampai suku dah hilang! Kalau hilang lepas ni aku berhenti rokok serious!"

"Lighter pon berkira. Lahanat! Dah lah hisap sampoerna. Entah hapa-hapa entah!"

Bangsat! Budak ni kutuk rokok pilihan Tuan gua. Gua panas. Hati membara-bara. Rasa nak bakar bulu hidung budak tu.

"Biar ah! Rokok aku. Ala.. Kadang-kadang aku hisap Dunhill jugak. Dah2. Mana awek tadi? Dah balik ke? Aku baru pergi bayar dah hilang? Sial aku baru nak usya...." Sambil puji-puji awek tadi, Tuan gua nyalakan rokok beliau. Ahhh... Tugas pertama gua. Akhirnya termakbul cita-cita gua selama ini. Menyalakan rokok untuk Lelaki Kacak Bergaya Disukai Ramai. Gua rasa hidup gua cukup sempurna sekarang.

Gua dengar Tuan gua borak apa entah dengan budak-budak dia dekat meja tu. Muka masing-masing serious aja. Gua ade dengar sikit-sikit. Istilah-istilah pelik yang gua dengar; Reservoir Engineering, Correction Factor, Graf itu ini. Gua tak paham. Tapi gua tengok masing-masing macam bengang. Perkataan Fail, Repeat, GG, Susah cam babi, Soalan jelmaan jin ifrit, diorang sebut ulang-ulang. Gua malas nak layan. Dalam hati gua cakap "Budak-budak pandai semua ni. Ni mesti buat assignment susah ni. Bagus2....."

Tuan gua baik. Lepas pakai gua, dia letak gua elok-elok atas kotak rokok. Bagi badan gua tak basah. Sementara Tuan gua tak guna gua ni, gua ambil kesempatan usya rakan-rakan setable beliau. Huh!! Masing-masing muka tak berkaliber. Muka Tuan gua jugak paling kacak. Perasaan bangga pantas bersemai dalam sanubari gua. Memang tak boleh disanggah lagi bahawa gua Ligther Yang Terpilih.

"Mok lighter jap mok..."

Tiba-tiba ada tangan hodoh lagi kuku panjang sambar gua. Gua kaget. Gua fikir dia nak merenggangkan hubungan gua dengan Tuan gua. Gua rasa nak menangis. Kenangan bersama gua dan Tuan gua masih sedikit. Gua masih belum mahu mengakhiri ikatan yang telah termetrai ini. Masih gua ingat mahar yang perlu Tuan gua bayar untuk mendapatkan gua. Seringgit. Seringgit untuk tanda sebuah ikatan yang sah. Janganlah si empunya tangan hodoh lagi kuku panjang ini memutuskan ikatan itu.

Lepas paksa gua kentut berapi, gua dihempas atas meja. Butuh! Dah lah basah. Kalau gua boleh menyala sendiri, sumpah gua bakar dia laju-laju sambil bersorak girang gembira. Gua pandang Tuan Gua. Bangsat dan Bedebah! Beliau langsung tak mengendahkan tindakan kasar kawan beliau ke atas gua?! Baru tadi dalam hati dah berbunga-bunga riang dapat Tuan macam kau. Rupanya kau pun tak ubah seperti lahanat juga. Memang gua menyumpah-nyumpah dalam hati. Nak menyumpah dekat mulut, mulut pula tak ada. Gua pasrah..

"Dah. Jom? Berambus... Nak layan movie nih..."

"Jom2. Jap aku g bayar dulu.."

Gua tengok semua bangun. Nak balik agaknya. Gua makin excited. Tak sabar nak tengok macam mana life Tuan gua. Mesti seronok. Pasti akan banyak lagi kenangan-kenangan yang akan tercipta. Gua nak tau apa lagi jenis-jenis rokok yang Tuan gua hisap. Gua mula berangan-angan....

Tapi apsal Tuan gua tak toleh-toleh kat Gua ni? Tak kan beliau lupa gua kot. Baru tadi gua nyalakan api paling nice untuk Tuan Gua, dengan harapan nyalaan itu akan meninggalkan kesan mendalam untuk beliau. Nyalaan yang akan buat beliau teringat-ingat gua. Rindu kehangatan api nyalaan gua. Jatuh cinta dengan kepantasan nyalaan api gua...

Tuan gua makin jauh. Samar-samar gua nampak beliau menuju ke sebiji kereta Proton Saga BLM warna putih yang nampak begitu elegan. Harapan gua semakin menipis. Gua harap beliau akan teringat dan patah balik untuk mengutip sisa-sisa kasih sayang gua untuk beliau. Setiap tapak beliau ke kereta, gua berdoa.

"Patah balik. Patah balik. Please. Patah balik lah sial!!"

Hampa.....

Proton Saga BLM warna putih yang nampak begitu elegan berlalu meninggalkan gua terkontang-kanting. Nafas gua sesak.. Rasa oksigen macam tak sudi menusuk masuk dalam lubang pernafasan gua... Pandangan gua semakin kelam... dan kelam....

********************

Aku nak mandi dan makan. Lepas ni kena cari lighter lagi. Cibai...

Kadang-kadang rindu time duduk KL seronok juga

$
0
0

Catatan lame aku di blog friendster sebelum menceburkan diri dalam arena blogspot ni...

**********

Pernah tak kamu bangun pagi-pagi lepas tu kamu rase ade sesuatu yang tak kena? Seperti tercucuk duri sembilu dekat bontot tapi tak dapat cari duri tersebut. Atau seperti terlepas kentut di dalam lif yang penuh dengan gangter-gangster Along Bukit Beruntung. Perasaan yang sangat tak kena. Seperti sesuatu yang malang akan berlaku.

Pagi tadi aku bangun lambat. Lambat gila. Pukul tujuh suku. Perkara ini berlaku sebab aku main DoTA sampai pukul tiga semalam. Balik-balik rumah mata dah rabak dah. Nasib baik budak-budak rumah aku yang lain pun bangun lambat jugak. Tak lah terasa bebal sangat.

Walaupun lambat, tenang tetap tenang. Setenang air di kali. Sebab itu selalu kena marah dengan SV. Sedang kami semua enak-enak bersiap untuk ke pejabat, tiba-tiba..

"Oi. Train rosak oi. Jimbit ape??!!"

Kalut. Gabra. Menyirap. Gila babi.

Hadoi hadoi. Macam mana nak pergi kerja nih?? Dalam kepala otak aku nampak satu je. Tilam terbentang luas indah permai. Melambai-lambai memanggil-manggil aku meniduri beliau. Adakah ini satu petanda aku bakal memulakan trend yang biase dilakukan di UTP?

ponteng kelas —-> ponteng kerja?

Tak dapat kot. Ponteng kerja boleh menyebabkan reputasi baik aku selama dua bulan di sini tercemar. Umpama secebis tahi lalat di atas ikan terubuk bakar. Lazat namun agak sukar untuk dimakan.

Jadi aku pun teruskan perjalanan ke stesen. Seperti pagi-pagi yg biasa. Namun tiba di stesen, keadaan memang luar biasa lah. Kalau biasa tak jadi cerita, ye tak?

Penuh. Sesak. Sardin. Tuna. Basikal tua.

Ramai gila orang. Di sini kita dapat lihat kebergantungan penduduk Wangsa Maju terhadap public transportation di KL ni. Dah tu kerajaan tak reti reti nak upgrade ke sistem pengangkutan awam? Reti naikkan harga minyak je. Ape fuck?

Sori Sori. teremosi sikit.

Kitorang pun try la jugak tunggu train. Mane tahu tiba-tiba elok ke. Tak pun ada helikopter ke nak jemput orang orang yang tabah menunggu train macam kitorang ni. Namun malangnya tiada. Sayup-sayup kedengaran dari corong-corong speaker di stesen tu..

"perhatian kepada semua penumpang, kami mengalami pelanggaran tren..bla..bla..lebih sejam..bla..bla..biskot meri..karipap ayam..sport rim beskal..bla..bla..kami mohon maaf atas segale kesulitan"

Memang tak ada harapan.

Kitorang pun tukar plan. Nak naik teksi lah, konon-kononnya. Pergi stesen Taman Melati, stesen paling dekat dengan Wangsa Maju. Macam pelik. Mungkin harapan untuk naik train ada di situ? Time tengah tunggu train, tiba-tiba ada bas untuk penumpang-penumpang ke Ampang Park dan KLCC. Seperti orang sangap dihulurkan Maria Ozawa Yang Terkenal, dengan pantas dan tangkas lah kitorang naik bas tersebut.

Suasana dalam bas agak tenang dan damai. Kitorang dapat duduk. Maka aku pun cuba lah untuk menggantikan tidur aku yang lesap di arus dota semalam. tengah sedap sedap tidur, tiba-tiba rasa air menitik-nitik dekat bahu aku...

Aaah. Ini sial. Memang sial.

Babi betul lah bas ni. Kata Rapidkl. Bas baru-baru semua. Tak kan air aircond bocor kot? aku nak tidur ni sial!!!

Menyirap betul aku. Dalam hati nak saja aku bakar bas ni. Dalam hati saja lah. Luar hati duduk diam-diam sudah. Karang kena halau keluar bas macam mana aku nak balik umah?. Dah makan duit aku dua ringgit lepas tu nak basahkan baju aku pulak. Dah lah aku naik bas ni dalam keaadan paksa rela. Sebab train rosak. Kena naik bas. Damn gila lah!

Sori sori. Emosi lagi.

Banyak kesan air aircond tersebut menitik-nitik ke atas aku. Dekat sini aku senaraikan lah ya?

1. Aku tak dapat tidur

2. Baju aku basah kene air

3. Duduk aku dah tak betul sebab kena elak air menitik-nitik tu

4. Sial

Sampai lah ke stesen Ampang Park aku duduk macam orang tahan kencing sebab air aircond lahanat tersebut. Tapi tak mengapa lah. Sampai juga la ke tempat kerja. Jam dah pukul sembilan suku dah. Gila babi. Tapi nasib baik kami hanya budak praktikal saja. Jadi waktu masuk pejabat boleh dipandang enteng lagi senteng. Tak ada lah masuk pejabat dengan rasa takut-takut macam nak masuk bilik Guru Besar sebab kantol surat cinta bawah meja.

Dan di pejabat semua pun berjalan lancar.

**********


Bila aku baca balik post-post aku di blog friendster yang kini tidak lagi aktif, terasa seronok pula. Sewaktu itu aku lebih bebas menyuarakan isi hati. Tanpa dibelenggu perasaan ingin menjaga tatasusila taipan dan juga short form short form yang bebas. Menaip ikut sedap tangan saja. Apa yang terlintas di fikiran, itu lah yang terpacul dekat monitor.

Tapi bila dah pakai blogspot ni, aku rasa tak patut aku buat macam tu. Sungguh tak matang. Serious. Aku menyampah bila baca blog orang yang penuh dengan short form short form entah hapa-hapa. Kita bukan sedang main short message system (SMS). Kita juga bukan sedang chatting. Kamu menaip untuk dibaca oleh beberapa orang yang sanggup membaca taipan kamu. Tak kan kamu nak taip short form pelik-pelik? Susah orang nak baca.

Aku tahu mesti ada yang tak setuju. Tak kisah. Suka hati kamulah nak taip macam mana. Tak kisah pun kan? Pasti ada juga yang nak baca. Tapi pada aku yang penting bila menaip dekat blog pakai short form memang tak matang. Tatabahasa tunggang langgang tak apa. Guna bahasa pasar berbakul-bakul tak apa. Ejaan ikut emosi semasa pun tak apa juga. Yang penting jangan guna short form.

Itu saja.


KENCINGKUCING dah bersawang

$
0
0
Blog aku dah bersawang. Tapi aku malas nak bersihkan.

Camne nak bersihkan sawang? Biase orang amik kain basah lalu dilalu-lalukan dekat sawang tersebut sambil berangan bile skoler nak masuk. Kalau sawang kat dinding-dinding yang tinggi, galah atau batang penyapu bulehlah digunakan. Sauk-sauk saja sawang tersebut sehingga bersih. Kalau malas tahap tak hengat, amik kain basah, lempar je kat sawang-sawang yang dah bersawang tersebut. InsyaALLAH berkesan. Kalau tak berkesan jugak, biarlah sawang tersebut kat situ. Boleh kita tengok perkembangan sawang tersebut dari hari ke hari hingga hari kiamat.

Pertumbuhan sawang boleh kita perhatikan semakin pesat membangun. Semakin hari semakin banyak sawang-sawang baru yang boleh kita perhatikan di dinding-dinding rumah kita, di ceruk-ceruk katil, dalam almari baju, dalam kasut ataupun di celah-celah lipatan lemak di perut kita. Pernahkan kita terfikir kenapa kita tak komersilkan saja sawang-sawang ini? Sumber yang banyak pasti akan membuahkan hasil. Cuba kalau sehari kita habiskan masa sejam untuk mengutip sawang-sawang yang bergelimpangan di bilik kita lantas kita kumpulkan untuk setahun. Satu kilogram sawang tak lari aku rasa.

Jadi apa kita boleh buat dengan satu kilogram sawang? Mungkin kita boleh gunakan untuk membuat sulaman tangan. Sutera dari ulat boleh, kenapa sawang dari labah-labah tak boleh? Ape hina sangat ke labah-labah tu? Labah-labah pernah menyelamatkan Rasulullah kat dalam gua tau. Jangan main-main.

Selain sulaman, hasil kutipan sawang tadi bolehlah didermakan ke rakan-rakan yang berminat untuk mengkormersilkan peliharaan sawang-sawang. Tapi jangan tak tau. Sawang bela dengan sawang liar lain kualiti dia. Sawang liar yang 'rare' lebih tahan lasak. Sawang ternakan pula lebih cenderung kena jangkitan kudis buta.

Cukup cerita pasal sawang, mari kita bercerita pasal lain pulak.

Esok kot aku cerita. Nak tidur ni babai....

Gurih Harum Nikmat Mati Cepat

$
0
0
Internet UTP slow macam haram jadah.

Kenapa internet UTP slow macam haram jadah? Sebab die tak slow macam halal jadah. HarharharharamJadah.

Internet adalah satu kemudahan asas yang sangat sangat diperlukan oleh seorang pelajar aktif seperti aku. Internet penting untuk mendapatkan maklumat maklumat asas untuk sesebuah projek ataupun assignment.

Ah babi. Asal dari tadi tak keluar ayat-ayat kelakar dari benak fikiran aku nih? Demit.

OK.

Tak sepatutnya internet UTP slow macam ni. Ini adalah kerana UTP adalah Universiti Teknologi Petronas. bukan Universiti Tanpa Perhubungan atau Universiti Taik Palat. Universiti Teknologi Petronas sepatutnya mempunyai hubungan internet yang kondusif dan selaju jet pejuang. Ini nak bukak google pon tak dapat. Babi sungguh. Kalau babi pakai internet UTP pun beliau akan mencarut "BABI!" laju-laju.

Mungkin kamu yang bukan pelajar UTP tidak dapat membayangkan betapa slow haram jadahnya internet UTP ini. OK aku bagi contoh:

  1. Aku picit Mozilla Firefox kat desktop aku yang ade gambar Hazel.
  2. Mozilla mula terpacul memenuhi skrin sambil lambang hijau di bawah kanan skrin bergerak merangkak-rangkak.
  3. Aku tidur.
  4. Dah grad baru dapat bukak Google.
  5. Mencarut laju-laju.
Slow kan? Babi kan? Babi sangat kan?

Aku tahu ramai siswa-siswa di luar sana tak berpeluang pun dibekalkan dengan kemudahan internet free seperti di UTP. Tapi mereka duduk di kediaman sendiri seperti rumah sewa, rumah tumpangan, rumah kedai ataupun rumah sukan. Tak kan Universiti mereka nak tarik cable LAN tu dari rumah ke rumah? Leceh la camtu kan?

Kat UTP ni, memang semua student kena duduk dalam. Jadi sudah menjadi satu kewajipan untuk pihak universiti menyediakan persekitaran yang kondusif lagi efektif untuk menhasilkan graduan-graduan yang cemerlang dari setiap sudut. Kalau kemudahan asas seperti internet pun terkial-kial, apatah lagi kemudahan awam yang lain seperti table snuker, pusat karaoke dan sebagainya?

Susah sebenarnya bila internet slow macam ni. Nak bukak facebook tak boleh. Nak comment dekat wallpost dekat facebook tak boleh. Nak picit "like" yang ada thumb up tu tak boleh. Nak upload gambar tak boleh. Nak usya gambar gadis gadis clubbing tak boleh. Nak main Mafia Wars tak boleh. Susah lah. Tergendala life.

Facebook ni lagi satu hal. Eh facebook tak satu hal. Pengguna facebook yang banyak hal. Macam macam kerenah. Nak tidur pon wat status macam ni:

"Dah nantuk da.. Nak tito.... ^_^""

ape fuck? Kau nak tido tido je la tak payah nak bagitau semua orang kau nak tidur. Ape kau ingat semua orang nak dodoikan kau ke ape? Pastu yang tak boleh blah ade jugak orang nak like status camtu

" Kontolagenda likes this"

ZZZ aku cakap.

Sori kalau aku menyinggung perasaan sesetengah pihak yang kuat main facebook nih. Mesti korang pun cakap:

"Ah mok kau pun maen fesbuk jugak kalau tak camne kau tau semua nih?"

Memang la aku maen facebook tapi takde la sampai tahap aku nak pegi mandi pun aku wat wallpost tak perlu kot laen la kalau kau cakap kau nak open table ke, Maria Ozawa comment gambar kau ke, Jenni Lee add kau ke baru lah best sikit nak buat wallpost.

Jadi kesimpulannya, sepatutnya internet UTP diperhebatkan sedikit. Kalau tak nak laju macam jet pejuang pun, macam kereta proton pon OK. Bukan kami sebagai pelajar pelajar ni nak bukak redtube atau youtube selalu pun. Tapi cukup sekadar untuk tidak menjadi bahan umpatan agong di kalangan pelajar-pelajar. Jangan sampai satu tahap orang jadikan internet UTP ni sebagai satu perkataan makian seperti ayat di bawah:

" Weh pegi la tanam C4 tu bodoh takyah nak bersiar-siar. Internet UTP la kau ni!!!"

Kasar kan? Sekasar Internet UTP kan?

Cau.


update tanpa usul periksa


Ruginya aku tak print Dissertation FYP pakai kertas Double A

$
0
0
Siang tadi merupakan antara hari-hari keramat sebagai seorang pelajar kejuruteraan kimia di UTP. Pembentangan Projek Rekaan Loji. Memang sesuatu yang amat neraka. Waktu tidur menjadi huru hara dan semakin terhad.

Jadi selepas Pembentangan, tidur dan bangun hanya untuk menjawab ujian, makan dan sembahyang. Selepas itu sambung tidur lagi dan bangun untuk main Snooker.

Aku kira waktu sekarang adalah terbaik lagi berhemah untuk aku mengemas kini KENCINGKUCING yang agak bersawang. Sawang sawang yang tumbuh di KENCINGKUCING seperti sawang di rak rak buku Tok Aweed a.k.a Nadim yang tumbuh di sebelah kotak speaker Altec Langsing beliau. Sawang sawang tersebut aku nampak mempunyai masa depan yang cerah untuk dikormesilkan oleh beliau sebagai pusat ternakan labah-labah Black Widow. Jangan mati kena sengat sudah.

Aku tak faham kenapa bila sesuatu blog dah lama tak update, orang cakap bersawang. Celah mana ada sawang dekat dalam blog? Blog adalah satu laman maya yang tidak mempunyai ruang secara diskrit. Nama pun maya. Kenapa tak cakap blog tersebut semakin usang ke, ketinggalan ke, kan? Kenapa sawang? Kenapa?? Ah sakit kepala aku memikirkannya.

Untuk post kali ini aku nak letak gambar gambar sikit lah. Dah lama rasanya tak letak gambar gambar. Nanti orang bosan. Macam waktu pembentangan, kalau satu-satu slide tersebut banyak wording pastu kena suruh skip, macam aku tadi. Jadi molek lagi cantik rasanya aku letak gambar-gambar pula.



Barang-barang di Sekeliling Meja dan Katil aku yang aku rasa tak patut ada pada meja Kaum Hawa.

Kopiah/Ketayap/Songkok/Serban



Ini barang paling basic yang tak sepatutnya ada atas meja Kaum Hawa. Walau kita fikir sekeras-kerasnya dan semasak-masaknya, tak ada ruang bagi Kaum Hawa untuk menggunakan Kopiah/Ketayap/Songkok/Serban, baik secara langsung atau tidak langsung. Untuk Kaum Adam memang banyak lah kan?

Kegunaan Kegunaan Kopiah/Ketayap/Songkok/Serban:
  1. Sembahyang. Walaupun hanya seminggu sekali untuk pergi sembahyang jumaat, kira OK lah tu.
  2. Untuk buat pergi Meeting. Baru nampak macam Adam Haji Hassan ataupun Syafiq Haji Adam.
  3. Untuk pergi Jamuan Raya. Biasanya dikenakan dengan pakaian raya. Tak kisah raya puasa atau raya hindu. Kita kan 1 Malaysia.
  4. Buat letak duit syiling. Agak agak dah tak tau nak cekau bekas mana nak simpan duit syiling banyak banyak buat beli rokok, memang jadi saja pakai kopiah. Sembahyang tak wajib pakai kopiah, kan?
  5. Buat letak duit kertas atau duit syiling, special kes untuk songkok. Biasa dilakukan ketika zaman zaman sekolah dulu. Duit lebih lebih buat beli jajan boleh selit celah celah songkok. Letak dalam poket takut jatuh sebab main polis sentry atau main galah panjang/belon acah bersama rakan rakan sekelas. Lama lama lunyai songkok tu asyik kena kopak nak cari duit.
  6. Buat main ragbi, juga special kes masa zaman zaman sekolah dulu. Agak agak awal sampai surau, belom azan lagi, boleh lah main ragbi kecil kecilan di perkarangan surau. Kalau dapat pakai songkok tinggi lagi mencabar permainan ragbi tersebut. Projectile songkok tinggi sukar diduga. Hantaran tak kemas sangat.
  7. Ada lagi? Aku dah tak ingat dah.

Rokok/Tembakau/Daun Rokok/Mesin Gulung Daun Rokok berserta Mancis atau Lighter.



Peratusan perokok perokok di kalangan Kaum Hawa di Malaysia aku yakin masih rendah berbanding negara negara maju atau membangun yang lain. Kesimpulannya untuk sekotak rokok dan sebiji lighter menghadirkan dirinya di atas meja Kaum Hawa adalah sesuatu yang kurang sweet untuk kita bayangkan. Apatah lagi rokok rokok rare seperti paip, shisha atau ganja. Memang minta kena sesah dengan batang penyapu kalau ada benda benda tu atas meja mereka. Mengalahkan Kaum Adam pula!


Ashtray/Bekas Abu Rokok/Cawan Terpakai untuk letak Abu Rokok



Kalau dah tak merokok, sah sah lah tak ada benda ni atas meja, kan? Di sini kita boleh lihat pelbagai kreativiti Kaum Adam dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pelbagai bekas boleh dijadikan tempat menyisihkan abu abu rokok yang sudah tidak diperlukan. Seperti gambar di atas, aku menggunakan bekas air epal terpakai. Masih terngiang-ngiang kesedapan air epal tersebut. Lantas untuk mengabadikan kesedapan air epal itu, aku semadikan bekasnya untuk dijadikan bekas abu rokok. Pelbagai lagi bekas bekas terpakai boleh digunakan, antaranya:

  1. Kotak kasut
  2. Bekas kuih raya pemberian bonda tercinta
  3. Tin Biskut beraneka. Kalau seseorang dapat penuhkan bekas tersebut dalam masa sebulan, bulan berikutnya dah boleh tempah satu lot tanah untuk buat kubur sendiri.
  4. Cawan buat milo three in one semalam yang masih ada sisa sisa air milo.
  5. Mangkuk buat maggi, juga semalam punya. Lepas makan maggi, terus cari rokok memang terbaik!
  6. Botol botol air mineral. Tapi mencabar sikit sebab opening die kecil. Kena target betul betul baru abu tu masuk dengan sempurna.
  7. Bekas pringles/Jack Potato. Senang sebab siap penutup yang mudah dibuka. Bau abu rokok tak tersebar sangat.
  8. Susah susah sangat ketis je rokok tu ikut tingkap, tak payah bekas bekas nih.

Kotak kotak rokok lama sebagai kenang kenangan



Setiap kotak mempunyai kisah tersendiri. Jadi elok disimpan. Gambar di atas hanyalah kotak kotak rokok yang berpeluang untuk disimpan untuk semester ini. Semester lepas dah buang dah. Tak kan nak simpan juga. Aku tak sebangang yang kau sangka.

Seperti satu kotak putih yang kamu dapat saksikan di celahan celahan kotak kotak rokok tersebut, adalah sekotak rokok cap Lucky Strike daripada Jepun. Jepun tau. Jangan main main. Ingat senang ke nak dapat hisap rokok dari jepun? Kena naik kapal terbang sampai Jepun. Kawan aku bagi sewaktu die bercuti balik ke Malaysia. Time isap rokok Jepun tu, terbayang-bayang scene Hana Yori Dango, aku menghisap rokok bertemankan Makino Tsukushi. Indah!

Bila lihat susunan kotak rokok yang semakin menggunung, ada dua saja perkara yang berlegar-legar dalam fikiran aku:
  • Agak agak boleh tak aku penuhkan rak ni dengan kotak rokok sebelum grad hujung tahun nih?
  • Dah tak sayang jantung sendiri ke?
Bingung aku memikirkannya. Baik aku tidur.


Kasut Futsal di Bawah Meja yang Berhabuk/bersawang.



Dulu dulu aku letak saja kasut futsal aku kat luar rumah. Lepas tu ada Asshole mana entah rembat kasut aku bangang betul. Aku baru pakai tak sampai 10 kali dah kena rembat. Bodoh Bertalu talu. Bukan kasut mahal pun tak sampai seratus. Nak rembat jadah apa? Tak kan aku nak main bola kaki ayam macam foreigner foreigner kaki tebal tuh? Kaki aku sehalus kulit bayi macam iklan pampers kot.

So untuk elak pisang berbuah dua kali atau untuk elak durian ditebuk tupai, aku mengambil langkah pencegaha dengan meletakkan kasut di bawah meja saja. Kalau hilang lagi memang aku tak kan cabut kasut tersebut dari kaki aku hatta untuk ke jamban sekalipun.

Baju baju bergantungan di lampu kalimantang



Sebagai seorang bakal jurutera, aku kena sentiasa berfikir 'out of the box'. Tak semestinya kita harus menggantung atau mengeringkan pakaian kita di ruangan ampaian. Banyak lagi ruang ruang kosong yang boleh kita utilize dengan bernas dan berkesan untuk kita keringkan baju setelah selesai dicuci. Lagipun, dengan menyidai baju di lampu kalimantang seperti gambar di atas, baju kita akan lebih dekat dengan kipas, lantas mempercepatkan proces pengeringan, seterusnya bolehlah dipakai untuk ke kelas keesokan harinya. Kalau sibuk dengan tugas tugas seharian, baju baju tersebut bolehlah dibiarkan di situ sehingga seminggu tanpa perlu risau hilang ditiup angin atau dibuang makcik cleaner. Dapat juga kita menjimatkan ruang di dalam almari pakaian. Almari pakaian akan kelihatan lebih kemas dan teratur.

Itu saja kot. Tak boleh lah nak ceritakan lebih lebih. Tak nak lah membuka pekung di dada sendiri. Agak agak nak tengok apa lagi atas meja aku meh datang bilik. Bawak la pisang goreng ke, karipap ke ataupun kuih kegemaran seluruh malaysia, kuih keria cafe V5 yang terkenal.


Sekali imbas, mari kita lihat keseluruhan meja aku secara amnya, untuk tatapan umum. Perlu diingat bahawa gambar meja yang aku letakkan ini adalah dalam keadaan kemas atau kurang sibuk. Kalau waktu-waktu puncak seperti ada projek atau tugasan, perkataan yang lebih sesuai untuk digantikan dengan meja adalah tongkang pecah.

Mari tidur esok nak buat report Projek Rekaan Logi sial betul.

Kata kata seloka dalam cerpen

$
0
0
Aku rasa tidur aku terganggu. Rasa panas semacam. Aku dah pasang kipas 5 kot lepas subuh tadi.

Slow slow aku capai henset. Baru pukul sebelas. Awal sangat nih. Bangun awal awal buat ape bukan nak gadis sambut pembangunan aku pun.

Malangnya kondisi badan aku tak cukup mantap untuk sambung tidur. Perut dah terasa something. Macam lapar. Kesan tosey malam tadi dah habis kot. Aku cuba membuat perkiraan matematik dengan mengira jumlah tenaga daripada tosey tersebut. Betol betol. Memang normal lah lapar time time macam ni.

Nak tak nak kena bangun. Kalau tak bangun perut lapar. Kalau perut lapar macam mana nak tidur?

Terpisat pisat mata aku kena cahaya matahari tengah hari. Kedudukan tingkap ruang atas ni tak strategic la. Macam mana jurutera rumah aku ni buat kerja? Demit demit demit aku mencarut dalam bahasa ingeris sebanyak tiga kali berturut turut. Setting seluar sikit agak agak tak memalukan jiwa raga, baru turun. Mata terus tuju atas meja. Macam biasa nasi bungkus dah placing nicely kat atas tu. Sederas air terjun aku buka bungkusan itu. Macam biasa lagi, nasi putih, ayam kurma seketul, sayur lebih kurang. Cantik sikit je hiasan die daripada makanan dewan makan SMKAJB dulu dulu. Aku curah air masak dalam cawan, minum seteguk dua, terus placing atas kerusi. Hm tak bape pergi lauk die hari ni. Nasib baik aku tak gosok gigi, kalau tak mesti lagi out rase die.

Selepas beberapa kunyahan, baru aku tersedar kebangangan diri. Patut la rase sunyi sepi je rumah ni. TV tak pasang lagi. Merayau rayau mate aku cari remote Astro. Demit mane lak peginye remote nih? Aku bangun, sepak sepak sikit bantal bantal atas lantai. Jumpa. Cari remote TV lak. Babi payah betul nak bukak TV. Tak berteknologi sungguh. Patut niat je dalam hati dah menyala dah TV tuh. Kali ni jurutera TV pulak aku maki. Bodoh bodoh bodoh makiku dalam bahasa melayu pula.

Sambil makan tangan kanan, tangan kiri picit simbol + kat remote Astro. Pap pap pap dari satu cenel ke satu cenel. Semua rancangan tak membina minda. Last last layan Discovery Channel je. Mythbusters. Canggih canggih betul alatan diorang ni. Ingat nak beli satu la nanti. Boleh buat placing ngorat awek awek berkelulusan tinggi.

Kunyahan terakhir, sekilas aku tengok jam kat dapur. Baru duabelas setengah. Awal lagi ni nak mandi. Nanti zohor kena masuk toilet lagi. Malas ah masuk toilet banyak banyak kali. Bukan ada Siti Nurhaliza pun dalam tuh. Basuh tangan lebih kurang, cawan letak kat sink. Sebijik cawan je pon air masak je pon tak payah basuh.

Aku menilai kondisi badan. Dah sedap nih. Tenaga dah banyak masuk dalam perut. Perut yang kenyang ditepuk tepuk selesa. Betol lah peribahasa orang dulu dulu,

"Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Senang Hati"

Aku akan jadikan peribahasa ni sebagai pedoman untuk mengharungi hidup yang penuh pancaroba ini.

Aku placing bantal elok elok, mengikut kontur badan. Perlahan lahan dan penuh tertib aku baringkan diri aku beralaskan karpet di hadapan TV sambit menatap Mythbusters penuh khusyuk. Berangan sikit sikit ape nak buat petang ni..

Tak sampai lima minit, TV pula khusyuk menatap aku tidur...


Dewan Peperiksaan

$
0
0
Aku sekarang masih dalam minggu minggu neraka bergelar minggu peperiksaan akhir semester. Walaupun hanya 4 paper sem ni, tapi sudah cukup menggamit perasaan huru hara dalam sanubari.Biasa lah kan? Siapa yang tak huru hara time final exam? Budak tadika pun rase seram sejuk kalau nak pegi peperiksaan.

Sepanjang jadi pelajar dari darjah satu sampailah sekarang umur 22 tahun, memang macam macam jenis peperiksaan telah aku gagahi. Purata setahun 2 peperiksan, jadi 16 tahun belajar sama dengan 32 peperiksaan. Peh banyak betol! Itu tak campur peperiksaan mengambil lesen memandu, lesen menerbang, lesen hisap rokok daripada kedua orang tuatercinta dan pelbagai lagi peperiksaan sampingan lain. Dah muak dah amik peperiksaan.

Sejak masuk U ni, purata satu kertas exam mengambil masa 3 jam. Lama woh 3 jam. Macam cerita hindustan. Tidur sejam ade belen lagi 2 jam. Usya awek sejam tinggal lagi sejam. Termenung tengok paper sejam. Abis bila masa aku tulis jawapan atas kertas jawapan? Hanya Tuhan yang tahu.

Waktu 3 jam yang diperuntukkan membolehkan aku menganalisis pelbagai subjek dan predikat yang ade dalam dewan peperiksaan. Aku tulis kat bawah la ye.


Perkara-perkara yang perlu diambil berat ketika di dalam dewan peperiksaan.


1. Sikap pelajar yang duduk di table kiri dan kanan kita.


Ini adalah perkara pokok dalam setiap pengharapan semasa menghadapi exam. Amat malang lagi celaka apabila pelajar yang duduk di kiri dan kanan kita amat kemut dalam berkongsi maklumat. Alah apalah sangat jawapan exam tu. Tak payah la nak tutup tutup. Bukak je luas luas atas meja tuh. Bukan aku nak kacau kau jawab exam pun. Aku nak usya jawapan kau same ke tak dengan jawapan aku je.

Berikut adalah ciri ciri pelajar yang amat ideal lagi cocok untuk duduk di table sebelah menyebelah kita:

1.1 Setiap sem dapat anugerah dekan.
1.2 Mempunyai tulisan yang amat besar untuk memudahkan kita melihat setiap huruf yang ditulis.
1.3 Melorek dengan pantas pada kertas jawapan OMR dengan tawadhuk tanpa ragu ragu.
1.4 Mampu mendengar bisikan bisikan halus yang keluar dari mulut kita semasa meminta maklumat.
1.5 Mampu memberi respon yang baik atas bisikan bisikan halus yang telah kita lemparkan kepadanya, tanpa menimbulkan sebarang syak wasangka kepada penjaga penjaga peperiksaan yang macam sial asyik nak usya orang je.
1.6 Gadis yang comel dan genit (Bonus)

2. Keadaan tubuh badan yang optimum.

Tubuh badan yang optimum membolehkan kita memerah otak dengan lebih efisyen untuk mengekstrak jawapan jawapan yang boleh kita hemboskan atas kertas jawapan. Kalau time time exam nak demam la, nak selseme srott srott, nak sakit perut kesan sambal cili api sarapan, memang letih. Baru nak tulis jawapan, dah terbayang jamban. Baru nak derive equation, dah terbayang katil. Macam mana? Dah boleh bayangkan kot hurup C atau C+ time tengok result kat website nanti.

Jadi pastikan kamu main bola tiap tiap petang. Sambil bersukan boleh juga usya usya gadis pegi cafe beli dinner.

3. Reliability setiap alat tulis dan alat kira.

Alat alat basic seperti pensil, pen, pemadam dan sebagainya haruslah beroperasi dengan optimum. Pastikan bekalan ubat pensil yang mencukupi, lebih lebih lagi untuk yang selalu melukis kartun kartun tak berfaedah atas kertas soalan. Kang lukis kartun boleh, nak lorek atas kertas OMR tak dapat. Dah kena mintak ubat pensil table sebelah. Lepas tu penjaga peperiksaan datang tanye haa tau terkial kial. Sape yang susah?? Bawaklah at least 2,3 batang pen. Aku takpe bawak sebatang je sebab bukan pakai banyak sangat pun. Kalau bawak pen banyak banyak pun bukan boleh buat jawapan aku bertambah atas kertas jawapan. Abis abis buat pusing pusing kat tangan je sambil termenung nak makan ape lepas exam nanti.

Untuk pelajar engineering, kalkulator casio Fx-570 memang tidak asing lagi. Pastikan bateri kalkulator mencukup. Kalau agak agak dah kelam sikit kaler nombor nombor kat skrin tu pegi la tuka bateri. Bape ringgit je pun. Nak tukar bateri kalkulator pegi kedai jam sane. Jangan pegi kedai basikal kang kena sebat dengan tiub basikal padan muke. Lepas tu jagelah kalkulator kamu bagai menjaga seekor kambing untuk korban Aqiqah. Dah tau mende tu penting jangan lah letak sepah sepah. Tulis name besar besar kat kalkulator tuh. Jangan sampai time jawab exam nanti kamu tulis function pakai kalkulator henset. Ade ke tak function dalam kalkulator hanset? Hanya Tuhan yang tahu.

4. Sikap penjaga penjaga peperiksaan (invigilator betul ke aku eje ni ah pegi mampos)

Sebelum memulakan operasi taktikal menyerap maklumat maklumat penting dari pelajar sebelah menyebelah, kita harus pastikan keadaan emosi, fizikal dan spiritual penjaga penjaga peperiksaan. Mereka adalah musuh ketat kita. Ingat peribahasa inggeris yang terkenal, "Keep your friend close, keep your enemy closer". Langkah langkahnya adalah seperti berikut:

4.1 Kira dengan tepat berapa jumlah penjaga peperiksaan dalam dewan tersebut. Tindak tanduk, Lokasi mereka, arah perjalanan mereka, Pandangan mata mereka, mimik muka dan sebagainya. Setiap inci perlakuan mereka haruslah diamati dengan teliti demi menjamin keselamatan result kamu kelak.
4.2 Pastikan jantina mereka. Mengikut pengalaman dan makrifat aku, penjaga peperiksaan lelaki mempunyai peratus yang lebih tinggi untuk mengantolkan cubaan cubaan lahanat pelajar untuk meniru dalam peperiksaan. Yang perempuan paling kuat pun die sound sambil buat muke garang. Kewarganegaraan penjaga peperiksaan juga tidak harus dipandang enteng. Penjaga peperiksaan dari luar negara biasanya lebih serius dalam menangani masalah peniruan ini. Jadi berhati hati.
4.3 Bunyi tapak kaki. Kenal pasti bunyi tapak kaki mereka. Ini untuk mengelakkan kamu diherdik secara melulu dari belakang semasa kamu sebok mencedok jawapan dari table sebelah. Ambil kira faktor ambient temperature, humidity dan arah angin di sekeliling kamu. Semua itu mempengaruhi tempoh masa perjalanan gelombang bunyi dari tapak kasut penjaga peperiksaan ke gegendang telinga kamu. Kira dengan tepat jarak antara kamu dan setiap penjaga peperiksaan. Pastikan jarak selamat tidak kurang 20 meter.

Walaupun pelbagai langkah keselamatan telah diambil, namun masa depan kita bukan di tangan kita. Tidak mustahil gerak geri kita mengundang perasaan ingin tahu sesetengah penjaga peperiksaan yang terbabit. Kalau kamu tengah sebok melihat kertas jawapan meja sebelah kamu, dan tiba tiba datang satu perasaan seram sejuk, dan dari ekor mata kamu nampak seseorang menuju ke arah kamu, langkah langkahnya adalah seperti berikut:
  • JANGAN buat eye contact. JANGAN! Ini kesalahan biasa yang dilakukan oleh rookie rookie peniru peniru tegar.
  • Alihkan kertas jawapan ke arah pandangan kamu. Arah mata pastikan ke atas kertas jawapan. Buat buat sebok berfikir dan jangan terus menulis.
  • Buat muke selamba dan tak bersalah. Jangan takut. Dia tak ada bukti kamu meniru. Dia tak rekod setiap perlakuan kamu pakai video cam. Teruskan menulis seperti biasa.
  • Bila kamu disoal, jawab dengan tenang. Kawal pernafasan dan jangan huru hara. Dia psiko je tu. Layankan je die dulu. Agak agak die tak dapat kantolkan kamu, die pon blah aa.
  • Sematkan dalam fikiran, "Tak kantol Tak kantol". Keyakinan diri amat penting bagi menhadapi situasi mendebarkan seperti ini.
  • Kalau kene halau jugak, ready je lah nak enroll lagi subjet tersebut sem depan. Takde hal lah extend satu semester lagi.
*************

Banyak lagi perkara perkara yang perlu diambil berat semasa dalam dewan peperiksaan. Pakaian, Longitud dan latitud meja kamu dalam dewan, Saiz dewan, Jarak dewan dari bilik kamu, dan juga Saiz kertas toyol. Semua itu akan diulas dengan lebih lanjut dalam post yang akan datang.

Sekarang aku nak tidur esok kena study Facilities paper terakhir sebagai seorang student bebeh! Cau lancau.

G-Dragon - Heartbreaker

$
0
0
Korang perasan tak waktu biasa aku update KENCINGKUCING time pagi pagi pukul 3, 4 pagi. Waktu orang da sebok sebok bangun nak pegi keje kalo keje jauh jauh macam haram jadah.

Aku sekarang dalam dilema nak tidur ke tak nak tidur. Sebab aku takut aku tak dapat mimpi Siti Nurhaliza time tidur nanti. Rugi je tidur.

Aku tengah layan Muse - Stockholm Syndrom sambil berangan bile nak perform macam dorang. Dorang cool kan? Agak agak kalo Muse perform time kenduri kawin aku nanti cool tak?

Kotak rokok atas meja. Aku rasa nak hisap rokok. Tapi tangan aku tak capai capai rokok tu. Rokok ni tak cukup menggoda aku ke? Lighter aku kaler kuning, lighter rembat orang tertinggal kat mamak haritu. Save duit seringgit lebih tak payah beli lighter.

Dekat taskbar aku sekarang ade 5 taks. Mozilla Firefox, D:\lagu lagu, C:\Documents and Se..., Words dengan windows media player classic. Banyak betul lagu dalam folder lagu ni. Aku masuk sume dalam playlist, tidur dan bangun tidur pun tak abes sume lagu lagi.

Aku bosan sampai tahap ambil sehelai A4, letak atas meja dan conteng bodoh bodoh. Sesuatu yang hanya aku lakukan time tengah lecture. Mana satu cara yang lagi bernas untuk menghilangkan kebosanan, conteng atas kertas A4 atau menghadap cermin selama 10 minit dan cakap "Wahai cermin siapakah lelaki paling kacak dalam Universiti ni?"

Sambil conteng conteng tadi aku try tulis tangan kiri. Aku bukan kidal. Tulisan aku jadi macam sial. Tapi aku rase orang kidal cool. Banyak barang barang atas muke bumi ni dicipta untuk orang bukan kidal. Kebolehupayaan orang kidal guna pakai mende mende tu memang cool. Aku nak jadi kidal sempat lagi tak?

Aku buat ujikaji sikit. Aku tulis dekat KENCINGKUCING dekat Paint pakai mouse. Hasil die kat bawah ni. Yang atas tangan kanan, yang bawah tangan kiri.
Agak sial jugak tangan kiri aku tulis pakai mouse.

Aku dengar lagu Ungu - Demi Waktu sekarang. Disebabkan band ini nama Ungu, perkataan ungu jadi femes. Kalau dulu kita dengar ungu, terbayang bayang kaler pensil purple. Sekarang kalau dengar ungu mesti lagu ni yang terngiang ngiang dulu, kan? Sama macam Hujan. Sebelum Hujan naik, perkataan hujan tu takde nilai komersil langsung kot. Sekarang macam mana? Aku nak buat band nama BALDI la. Nanti bile band aku terkenal sumorang akan menghargai baldi.

Semester ni aku ade due buku. Due due buku tulis saiz A4. Buku tu lah aku bawak pegi kelas, pegi lab, pegi meeting, buat projek final year dan macam macam lagi. Pendek kate buku ni saje lambang aku sebagai student. Korang rase aku pemalas? Aku rase tak sebab semester lepas aku ade satu buku tulis je. Kire semester ni aku cemerlang sikit lah sebab ade due buku.

Bile aku tengok balik ape yang ade dalam buku buku tulis ni, aku rase mesti buku ni ade simpan angan angan untuk dilahirkan semula. Macam ni la monolog die aku ingat:

"Oh Tuhan, kau masukkanlah aku ke pusat kitar semula, dan berilah aku kehidupan baru, supaya tulisan tulisan bangang ni takde lagi atas mukesurat mukesurat aku.."

Aku ade satu tabiat. Setiap kali aku bungkus nasi, gelang getah buat bungkus tu aku simpan dalam laci. Banyak jugak la aku dapat kumpul. Tu tak kire lagi yang bersepah sepah atas lantai dengan bawah meje ni. Kang aku free aku kutip la satu satu. Berapa nilai gelang getah dalam pasaran antarabangsa? Dia kira ikut berat ke macam mane haa?

Sebab internet UTP laju (betul betul laju ni bukan sarcasm), aku dapat habis baca sume entry Saharil Conteng harini, start dari first post lagi. Aku rase die sangat cool. Lukisan lukisan die kadang kadang macam sial tak paham, tapi nilai lawak die memang tinggi. Bukan lawak bodoh pulak tu. Aku rase die sangat cool jugak sebab die orang Jawa Johor, sama macam aku.

Matiin baru lepas PM aku ajak main snuker tatkala azan subuh baru lepas berkumandang. Memang bangang. Ajak la maen polis sentri ke, belon acah ke, maen ceper ke. Tak ada nilai tradisional langsung.

Aku tension sebab cbox kat belah kanan KENCINGKUCING ni kene block dengan UTP.

Aku lapar padahal pukul satu tadi dah makan. Perut aku bocor ke?








Kalau semua orang jadi polis, polis jadi apa?

$
0
0
Hai selamat kembali dalam sesi menghabiskan masa bersama KENCINGKUCING.

Seperti yang diketahui ramai aku sedang menganggur teruk sekarang. Cincai cincai kira pakai kalkulator henset, dekat 2 bulan jugak la aku jadi begini. Terpinggir dari industri swasta apatah lagi kerajaan. Jadi apa salahnya aku update blog kan?

Sebagai seorang penganggur yang bertungkus lumus memartabatkan pangkat penganggur, ingin aku senaraikan beberapa langkah yang aku kira berkesan untuk meningkatkan jati diri kita sebagai penganggur.

1. Bangun Tidur tengah hari

Macam biaselah, kalau yang first aku tulis, maknenye tu point paling basic yang perlu diambil berat. Waktu bangun tidur bagi seorang penganggur amat penting. Demi mencapai martabat penganggur tahap Budi dan Rupa macam dalam agama hindu, seseorang penganggur itu harus bangun paling awal pukul 12 tengah hari. Tak boleh awal hatta seminit pon. Bangun tidur tepat jam 12 ke atas, seperti yang kita sedia maklum akan menyempitkan pintu rezeki, sekaligus menjadi mangkin untuk penganggur terus menganggur dan seterusnya mencapai tahap Budi dan Rupa. Jika seseorang penganggur itu mahu mengangkat darjat penganggurannya ke tahap yang lebih tinggi, iaitu Bapak Segala Penganggur, eloklah kiranya die bangun tengah hari, makan dan sambung tidur balik. Hanya beberapa orang sahaja yang pada makrifat aku mampu menjejaki tahap ini.

2. Waktu tidur

Sebagai kesinambungan untuk point terdahulu, waktu tidur adalah proses awal untuk menentukan waktu bangun tidur pada keesokan harinya. Demi memungkinkan waktu bangun tidur tepat jam 12 keatas, waktu tidur haruslah selambat yang mungkin. Bagaimana untuk tidur selambat yang mungkin? Itu terpulang pada setiap individu. Banyak aktiviti aktiviti yang boleh kita lakukan di malam hari untuk mendapatkan waktu tidur yang optimum, seperti lepak di Sayed (WAJIB), bermain snuker, karaoke, jamming, futsal, mencari rezeki anak-anak, lepak di sayed (WAJIB) lagi, dan sebagainya. Untuk memudahkan proses, eloklah kiranya waktu keluar rumah itu tepat jam 12 tengah malam, pabila ibu bapa sudah tidur. Lainlah kalau telinga dah tebal dan gagah macam telinga kuali tahan bebelan mak bapak tercinta, silalah keluar sewaktu mereka masih segar menonton rancangan Senja Permai di Astro Prima.

3. Tonton semua rancangan di television.

Menganggur, secara generalnya memang lah membosankan. Salah satu cara untuk menghilangkan kebosanan ialan menonton semua rancangan rancangan yang dipaparkan di televisyen, hatta drama drama kerajaan sekalipon. Bercakap mengenai drama kerajaan, aku perhatikan sejak akhir akhir ini drama kerajaan kalau tak melibatkan kaum cina dan india memang tak sah. Ada satu drama tu yang berlakon semua orang cina tapi cakap bahase melayu. Malang sekali heroin drama tersebut tak comel. Jangan harap aku nak tengok sampai habis.

Rancangan yang aku sarankan untuk kamu tonton apabila bangun tengah hari ialah seperti berikut:

AC
Kelab Pop
Macam macam Aznil
Wanita Hari Ini
Tasbih Cinta
Sekar (bile nak abes pon tak tau)
Dyesable (ntah bahase ape ntah)
Na - o - Mei (comel doh heroin die kene folo nih)
dan laen laen lagi lah..

rancangan rancangan yang telah ditonton pada siang harinya bolehlah menjadi topik perbualan pada malam hari ketika lepak di Sayed.

4. Bekalan wang yang mencukupi

Haa bagaimana untuk mendapat bekalan wang yang mencukupi? Sebagai penganggur yang ingin terus bergiat aktif dalam industri pengangguran ini, kita haruslah sentiasa menjadi anak yang taat demi mendapat sesuap nasi. Walau sehebat mana pon pangkat pengangguran kita, janganlah kita derhaka terhadap mereka. Kang siang siang hari derhaka, malam malam mintak 5 ringgit modal rokok dengan teh tarik. Penganggur seperti ini kita boleh klasifikasikan sebagai penganggur bangsat lagi bedebah. Jikalau mak suruh hantar adik pergi sekolah, angkat kain baju di jemuran, masak air, beli sarapan, basuh pinggan dan sebagainya, lakukanlah dengan ikhlas. Tak lah rasa malu sangat menghabiskan beras di rumah.

5. Main Facebook

Bangun bangun tengah hari main facebook sambil makan sarapan memang terbaek

OK esok sambung lagi

Kerja dan mengular haruslah seimbang demi masa depan yang cemerlang

$
0
0
Like always, after so long not update, better ask for forgiveness first.

Bukan tak nak update, tapi bizi doh. Kerja balik kerja sayed tidur kerja. Online pon dah jarang jarang dah. Sehari tak tengok internet pon dah takde hal sangat. Dulu sehari tak dapat internet menggelupur tak tentu arah. Sekarang tengok komputer pon dah takde selera. Macam tengok makanan dah sejuk. Balik balik kerja nampak tilam tu lagi lazat daripada punat ON kat komputer tuh.

Aku sekarang kat Sayed, restoran mamak terkenal area Perling. Sekali sekale ubah angin kan. Abes kat rumah bile nak update je sangkut, takde idea. Try update kat Sayed lak, tengok pegi die camne. Rase rase boleh go kot dalam 16 page. Tengok je la nanti.

Umum mengetahui bahawe aku sekarang terlibat dalam industri peruncitan. Bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah syarikan peruncitan gergasi dari Jepun, AEON Co. Bhd. atau lebih dikenali sebagai Jusco atau JJ. Diam tak diam, dah sebulan gak la aku keje ni. Abes nak jadi engineer tak dapat dapat, jadi la pembantu jualan dulu. Tak kan nak dodok rumah terkangkang depan TV hari hari kan?

Memang la post sebelom nih aku tulis bagaimana cara untuk mengangkat martabat kita sebagai penganggur. Tapi kalau dah dua bulan menganggur teruk, tongong juge jadinye. Hari hari buat tengok TV, tidor, tengok TV, tidor, lame lame boleh mati kebosanan doh. So cari la keje siket kan? Up siket market bile gadis gadis tanye buat ape kat rumah.

Overallnye, seronok juga la keje Jusco nih. Tak stress la. Takde nak kene perah otak buat bende bende teknikal. Penat badan je la angkat angkat beras 10 kilo, minyak 5 kilo, gule berkampit kampit. Uniform nak korporat, baju kemeja, tali leher dengan seluar slack. Tapi kerja angkat angkat peluh peluh. Bongok juga Jusco nih. Layankan je la. Nak duit punye pasal kan. Baju pinjam lagipon. Lenjan je la basuh hari hari sampai bulu bulu.

Untuk memudahkan pemahaman kamu semua mengenai flow kerja aku, biar aku lampirkan sebuah subtopik post ini bertajuk 'Diari seorang Staff Jusco' seperti di bawah:

..........................

Shif Pagi:

7.15 am: "Syapiq....Syapiq..bangun subuh...Syapiq..Syapiq...Syapiq!!! Hish geram betol lah aku malam malam tak tidur merayau kat luar subuh tak bangun. Macam mana nak kerja ni. Kau tido kat tempat keja ke Pung Pang Pung Pang Pung Pang..", kejutan seorang ibu penyayang, disusuli terjahan keras bapa penyayang sebagai pengajaran. Dalam hati bengang jugak, tapi taknak la jadi anak derhaka. Bangun je la pegi toilet.

7.20 am: Tido balik. Set alarm pukul 8.

8.30 am: "Kemak dah lapan setengah!!!" Lincah lincah bangun. Capai remote layan CSI sambil sarapan. Mandi, iron baju lebih kurang, siap siap laju laju.

8.50 am: Gerak pegi Jusco. Bawak kereta sambil maki hamun kereta kat depan. Driver yang bawak lembab, kereta yang kene maki. Biaselah tu.

9.04 am: Parking lebih kurang. Jam kat swap baru 8.58 am. Just nice. Swap, placing tempat isap rokok. Tengok security belajar kawad sambil gelak gelak.

9.15 am: Pegi Kantin. Minum air masak sambil bace Metro. Tengok kartun kat TV3.

10.00 am: Turun Selling Floor. Susun susun barang sikit, receive barang sikit. Tolong tolong Bangla dengan Nepal stacking barang sikit dekat backroom/store. Tunjuk muke sikit dekat supervisor dengan manager. Kerja la kan tak kan nak mengular je.

1.00 pm: "Dah time lunch ni! Tak elok kerja time lunch.", roger rakan rakan, ajak makan. Borak borak, jumpe budak budak floor lain. Solat. Kalau nampak manager, kuar kantin laju laju.

1.40 pm: Swipe card. Duduk restroom tidur sambil dengar lagu korea kat henpon.

2.30 pm: "Weh sapit bangun!", member shif petang dah datang. Salam salam sikit, swipe card abes rehat, sambung tido.

3.00 pm: Bangun tido pegi selling floor. susun susun barang sikit. Kalau name naek kene clear barang reject, start buat sambil jamah jamah sikit barang reject. Makanan nak dibuang alang alang buang dalam perut.

4.00 pm: "Sapit meh meh belakang tangge.", lepak sambil makan cadbury. Mane dapat cadbury? Hanya tuhan yang tahu.

4.30 pm: Sambung buat kerja. Tunjuk muke dekat supervisor sikit. Jalan jalan tempat cashier usya gadis gadis. Mana tau nampak Nor Farahain.

5.30 pm: Solat. Duduk duduk kat surau, pegi surau kat sebelah minum minum sikit.

6.00 pm: Berambus laju laju.

Shif Petang:

12.30 pm: Bangun. Macam biase cari remote on TV, makan. Agak agak sempat online cek facebook, gmail, jobstreet. Takkan sampai tue nak keje Jusco kan?

1.30 pm: Siap siap pegi keje. Bawak kerete rilek rilek. Nampak semut lintas jalan brek bagi semut jalan. Jalan tak banyak kereta.

2.00 pm: Swipe. Pegi restroom. Budak budak shif pagi tengah rehat. Borak borak sikit. Ikut dorang pegi kantin makan. Turun bawah isap rokok. Pegi maen game dekat atas.

3.00 pm: Solat. Pegi selling floor tunjuk muke. Susun susun barang sikit. Amik stock letak kat depan. Borak borak dengan bangla nepal.

6.00 pm: Rehat time bebeh! Swipe, Solat, lepak restroom tido bertemankan lagu korea.

7.00 pm: Makan kat kantin, Solat, isap rokok, lepak lepak jap.

8.00 pm: Sambung kerja. Susun susun barang.

9.00 pm: "Weh jom lepak tempat moto.", lepak isap rokok dengar budak budak lepas spm borak borak rempit. Naik surau solat.

10.00 pm: Masuk selling floor. Usya usya Delica(tempat masak masak) dengan Sushi. Tengok mana boleh makan jap lagi. Borak borak sikit dengan budak delica dan sushi suruh sep yang sedap sedap.

10.30 pm: Closing. Laju laju pegi delica dengan sushi. Makan sambil cover line.

11.00 pm: Berambus. Sayed. Snuker. Tidur.

..........................

Begitulah secare ringkasnye jadual harian aku sepanjang bekerja di Jusco. Takde la hari hari macam tu kan. Secare lebih kurang je la. Ade jugak time sebok gile babi. Tak kan hari hari mengular je kan? Tapi aku berpegang pada prinsip 'kerja dan mengular haruslah seimbang kalau tidak pincanglah masa depan'.

Tadi time aku balik kerja, berlaku kejadian yang agak cibai untuk kita semua jadikan pedoman. Aku belom solat asar lagi, sebok clearkan barang reject punye pasal. Bawak kerete memang agak laju la kan. Nak dijadikan pasal sedang aku memandu dalam kelajuan sederhana, secare tetibe ade seorang lelaki tue, tanpa menoleh kiri kanan menonong lintas jalan. Sambil beristighfar (tak tipu), aku picit la brek sikit. Dah separuh jalan baru nak toleh tengok kereta aku. Yang agak bengapnye, die boleh menapak ke belakang bajet nak elak, padahal kalau die go je kompem lepas. Bukan aku nak langgar pon. Aku dah brek kot. Lepas tu die tengok aku sambil maki maki.

Persoalannye sekarang, ape jadah die nak bengang dengan aku? Die yang tak toleh kiri kanan, nak marah aku pulak. Bajet pakai jubah dengan kopiah dah mulie sangat lah tuh? Ingin aku tegaskan di sini, walaupun kamu seorang superman, atau penuntut ilmu kebal, atau kamu rasa kamu kacak macam Mohd Syafiq bin Adam sekalipun, kalau nak lintas jalan tu tengok la kiri kanan dulu. Memang la kamu gagah perkasa, dilanggar kereta tak lut, tapi kesian la kat pemandu kereta terbabit. Sebab kamu die menggagau nak elak. Kalau eksiden melibatkan nyawe macam mana?

Sekian aku nak sambung minum teh o.

The New Beginning WTF?

$
0
0
Yeay aku update yeay

Mesti korang tertunggu tunggu post lagenda dalam KENCINGKUCING kan? Macam zaman zaman Kesultanan Melayu Melaka dulu kot tahap lagenda die. So aku pun update la sikit sikit demi memenuhi permintaan masyarakat.

Kalau korang masih ingat post terakhir aku berkisar mengenai kerjaya aku sebagai pembantu jualan di Jusco. Heh it was long gone my friend. Dengan kuasa ALLAH, akhirnya aku berjaya bergelar seorang jurutera ataupun bahase english die engineer. Lebih tepat lagi Process Engineer. Rezeki setelah menganggur mengorek jubur sekian lama dan bertukar tukar kerjaya.

Dulu zaman zaman belajar, aku selalu berangan, nak nak masa final year. Aku mula mengira ngira kewangan aku, time aku akan kawin, beli drumset dan sebagainya. Masa tu boleh aku pajak monthly income aku RM3000.00. What the LOL is that? Bile diingat ingat balik terasa sungguh jahil dan bebal sekali. Nak buat bajet kewangan tapi tak mengambil kira employment market. Last last persetankan RM3000, yang penting dapat kerja. Tu yang kerja Jusco tu.

Selepas kerja Jusco dapat kerja kilang buat Tar jalan. This was a hell of an experience, I must say. Pasal gaji aku taknak lah cerita kan, tapi kebengapan sistem die wat aku tergaru garu kepala masa first day kerja. Dengan takde sign kontrak, offer letter, pakaian keselamatan ape sume, ingat aku apa? Demit gile die treat aku camtu. Aku pon satu main terjah je accept offer die. Nasib baik dapat jugak tshirt tige keping tapi kene potong gaji FAKKKK!!!

Agak agak due minggu kerja situ aku dapat dapat panggilan wat test utk join Lafarge, kat KL kilang simen tapi line line gagah punye simen la. Aku terus go cabut keje tapi mintak gaji. Dapat la 500ringgit dan gelaran penganggur semula. Pastu hapah pon takde. Lafarge dah jadi Lafaraj. Intebiu intebiu yang lain pon macam menunjukkan hasil yang membabikan.

Tapi aku sabar.

Sebulan lebih menganggur maen telur, sebuah kilang permakanan terkemuka bertaraf dunia memanggil aku untuk ditemuduga. Aku go je lah dengan hati terbuka. Nak menanam harapan lebih lebih kang takut kecewa hati terluka lagi. Alhamdulillah dapat jugak aku kerjaya setaraf dengan ijazah yang aku pegang. Jawatan sebagai Eksekutif Pengeluaran atau bahase Englishnye Production Executive di Malayan Flour Mills Berhad. Flour tau. Flour = tepung. Bukan Floor = mangkut tingkat.

Heh seronok weh kerja kilang tepung. Hari hari rase berada dalam salji. Kalau tepung tumpah, dapat la main salji. Tapi ade lekit lekit sikit la salji die. Pijak pijak tepung dah biase dah. Dah macam tepung tu bukan makanan zzz. Abes nak buat camne sekali mix tepung line line 10, 20 tan. Makan bertahun tahun tak abes. Pijak, peluh, tahi idung tahi gigi sume tu biase la tuh. Agak agak korang makan roti canai, jemput jemput, kek, kuih muih, mee atau ape ape je lah berunsurkan tepung, pastu tibe tibe terbayang muke aku, paham paham la ye.

Lima bulan.

Lima bulan aku bergelak ketawa bersama tepung. Setiap sisi tepung aku selami. Tepung sudah meresap dengan sebati dalam sanubari. Tiap tiap malam mimpi bersama tepung. Tapi semua itu tidak menjamin kehidupan yang berunsurkan tepung sepenuhnya.

Setiap yang hidup pasti akan mati. Setiap yang tepung pasti akan dimakan. Akhirnya aku dapat kerja aku sekarang seperti yang aku ceritakan di awal awal artikel ini. Dah 2 minggu dah. Layan je la. Masih tengah 'tune' lagi ni. 'Tune' tepung masih bersisa sisa dalam testikel aku. Harap harap sebulan dah OK. Di sinilah rokok memainkan peranan yang penting dalam membina jaringan persahabatan berunsurkan penyakit penyakit berbahaya.

Babai



Leceh Buat Urusan dengan Kerajaan

$
0
0
Aku tak tau dengan orang lain, tapi salah satu perkara yang aku paling geruni dalam dunia ini adalah mandi pagi. Ade tak perkataan scientific untuk takut mandi pagi, ek? Macam kalau takut spider = arachnophobia. Kalau takut spender lak = SpendekuSpendemuPhobia.

Bangun bangun, laju laju terus masuk jamban. Pastu mesti termenung. Dalam hati cakap camni:

"Sial la harini keje kene bangun pagi kene mandi pagi zzz"

Pastu termenung lagi menghadap baldi penuh air. Punyalah seram nak memulakan jirusan pertama tuh. Macam air tersebut mengandungi pelbagai sampah masyarakat.

Kan? Korang pun sama kan? First gayong nak cecah badan tu yang paling bangsat sekali die punye sejuk. Water heater? Alamak aku bukan orang kaye la nak pasang mende tu dalam jamban. Takyah nak bajet omputih kat Malaysia takde winter nak pasang water heater dalam jamban.

Berikut adalah punca punca aku menghidapi penyakit gerun mandi pagi:


1. Air sejuk nak mampos

Kenapa pagi pagi air kene sejuk? Kalau dari segi saintifiknya, sepanjang malam, air yang bertakung dalam baldi akan melalui proses penyejatan, jadi molekul molekul air yang kurang sejuk akan tersejat dan tinggal molekul air yang sejuk je lah. Dah perkara saintifik inilah punca utama mandi pagi menjadi sesuatu yang menyeramkan sehingga meremang bulu roma.

Dulu zaman sekolah rendah boleh la pagi pagi mak masak air pastu curah dalam besen pastu baru bukak air paip, so mandi pon air die sejuk sejuk suam, sedap sedap mandi la. Tapi dah besar camni agak loser kot tiap tiap pagi nak masak air semate mate mandi. Baik air tu ko buat milo minum sarapan.

So care aku nak counter perkara ini ialah dengan buang segala air dalam besen yang dah melalui proses penyejatan tu, dan tadah air baru. Still sejuk jugak tapi taklah sebangsat sejuk air yang bertakung semalaman tuh.

Korang pernah tak terfikir nak sukat suhu air pagi pagi berapa darjah celcius ek? Agak agak cecah -68 darjah celcius tak?


2. Kena bangun pagi.

Bila nak mandi pagi, kena lah bangun pagi, kan? Bangun pagi pon merupakan satu masalah yang agak besar bagi aku. Biasalah syaitan memang suka kalau kita tak bangun pagi sembahyang subuh kan? Kalau tak ingat neraka memang pajak je terus. Tak elok amalkan selalu. Kena panah petir nanti.

Bile dah bangun pagi, kena lak mandi pagi. Bertambah tambah masalah. Tu yang letih tu.


3. Kena pergi kerja

Problem jugak ni. Kita kena mandi pagi sebab kena pergi kerja. Kalau bangun untuk sembahyang subuh, tak mandi pun takpe lainlah kalau mimpi Maria Ozawa. Sebab kena pergi kerja tu lah yang menyebabkan kita kena mandi pagi. Shit man!

Ape ek kerja yang membolehkan kita pergi kerja tanpa perlu mandi pagi?


4. Hujan sepanjang malam

Ini point paling awesome yang menyebabkan mandi pagi bagai terhiris sembilu luka dihati siapa yang tahu. Tapi applicable kat Malaysia lah kot. Kalau kat tempat lain ade salji ke taufan ke setakat hujan takde lah sejuk sangat kot air paip kat sane.

Air paip waktu pagi dah sesejuk celaka as it is. Ditambah lagi dengan hujan sepanjang malam, dan time kau bangun tido tu still hujan lagi, peh memang godlike die punye sejuk. Time tu kite boleh kate malas nak bangun tu dah sampai tahap ultimate la.

Hujan + sejuk + kerja + mandi pagi = SHIT!

Tapi kalau kita tak ikut equation di atas, takde duit lak nak menjalani kehidupan seharian. Jadi buatlah pilihan yang tepat. SHIT! atau duit.


Point point di atas lah yang menyebabkan aku terpaksa mengharungi saat saat mengharukan setiap pagi dari hari isnin sampai hari jumaat, tak termasuk cuti umum dan MC.

Perkara ni berlaku hanya apabila kita bangun bangun tido terus mandi tau. Cube kalau kite bangun kite tak payah mandi dulu. Rilek rilek dulu maen facebook, maen takraw ke dengan kucing, atau buat je lah ape ape. Dalam pukul 8 baru mandi mesti rilek je boleh nyanyi nyanyi lagi. Tapi tulah masalahnye pukul 8 dah masuk pejabat takkan pukul 8 baru nak mandi stupid namenye tuh.

Hujan ni camne nak main futsal?


Kereta aku berbunyi pelik

$
0
0
Adalah telah menjadi satu norma norma masyarakat bahawa mengantuk datang tidak kira masa. Mengantuk ini sebenarnya boleh kita samakan dengan wabak yang datang tanpa diundang, dan payah dibuang hilang. Namun ada kalanya mengantuk itu perlu. Kalau tidak datang ngantuk bagaimana nak tidur? Adalah tidak normal untuk seorang manusia normal tidak merasa walau secebis ngantuk.

Berikut adalah waktu waktu yang kita memang tak nak sangat ngantuk, tapi ngantuk nak sangat dekat kita:

  1. Meeting yang ada manager dan bos bos besar. Time meeting dengan engineer engineer sama pangkat tak nak pula datang ngantuk.
  2. Kerja menghadap komputer, dan kerja dah buat hari hari jadi bosan. Memang automatic mata macam ade gam gajah.
  3. Time driving balik kerja atau balik jauh jauh sorang sorang. Ini punye ngantuk memang bahaye.
  4. Ceramah ceramah tak kisah la ceramah motivasi ke, Edata ke, ScoreA ke, atau MLM yang lain. Paling power sekali ceramah pengetua sekolah. Memang paling ngantuk dalam dunia.
  5. Tengok wayang tapi cerita bosan. Tiket dah beli. Popcorn banyak lagi. Rugi kan?
  6. Jawab exam. Banyak sangat porno dalam otak, time exam nak tulis jawapan terlukis Maria Ozawa. Lukis lukis lama lama ngantuk dan terus tidur.
Cukup kot.

Mengantuk ni memang payah kan? Aku percaya kamu semua pasti menghadapi masalah ni, nak nak yang dah menjawat jawatan yang kene menghadap komputer dari masuk kerja sampai balik kerja. Memburukkan lagi keadaan, bos kamu duduk betul betul belakang kamu. Buat tu tak kena, buat ni tak kena. Nak buat kerja, tak ada pulak. Payah, memang payah.

Jadi sebagai engineer yang masih belum confirm di sebuah kilang tak berapa terkemuka, aku telah sort out beberapa langkah bernas lagi awesome yang boleh kita semua cuba untuk mengatasi masalah mengantuk di kalangan kita semua:

1. Tidur

Cara paling efisyen, kemas, selamat dan sihat untuk menghilangkan ngantuk. Cuma kamu perlu menanggung sedikit risiko, berdasarkan budi bicara bos kamu. Tidur pula janganlah macam kamu sedang berada di rumah, dan kamu anggap kerusi kamu katil empuk Vono berserta Ziana Zain. Tidur nak siap berdengkur mulut ternganga kaw kaw. TOLONG JANGAN. Esok datang surat warning 24 jam nanti.

Tidurlah dengan penuh berhemah. Sambil pegang mouse, atas meja ada drawing, dan buka spreadsheet dekat komputer. Cukuplah dengan melelapkan mata dan menundukkan kepala dalam 30 darjah. Bos kalau nampak pon die faham kot. Bos aku baik tak tahu lah bos kamu macam mana.

Selain di workstation sendiri, tempat tempat lain yang boleh kita pulun tidur adalah seperti di celah tangga yang orang tak lalu lalang, surau, celah celah almari di makmal, atau di tandas.

2. Rokok

Rokok adalah ubat ngantuk yang baik. Dengan menghisap rokok, tekanan darah meningkat, sekaligus meningkatkan aliran darah ke otak. Walaupun darah tak banyak kandungan oksigen sebab ada rokok, kita kena ingat tujuan asal kita. Nak sihat ke nak hilang ngantuk. Pilih yang mana berkenaan.

Dengan merokok, kita boleh release tension sedikit dengan bebanan kerja yang sedang kita laksanakan. Ajaklah bos kamu merokok sekali, kalau dah confirm dan tak segan. Untung untung dapat pau Dunhill bos.

Cara ni applicable untuk lelaki saja, aku kira. Macam tak normal pula perempuan berpakaian pejabat menghisap rokok pung pang pung pang dekat ofis. Apatah lagi yang berpakaian baju kurung. Kurang manis rasanya. Tambahkan manis dalam senyuman.

3. Senam

Cara ini boleh dilaksanakan mengikut peribadi kamu. Kalau kurang tahap malu, bangun dan buat senaman poco poco mengikut alunan lagu dari komputer kamu. Kalau malu up sikit dan masih siuman, cukuplah sekadar pumping di atas lantai sebanyak 16 kali. Pumping bawah meja tak ada orang nampak rasanya. Boleh juga pergi berjalan jalan melihat sekitar kilang, tengok operator buat kerja. Kalau kilang elektronik ramai gadis genit, pasti hilang ngantuk. Berjalan dengan penuh gaya jurutera pasti menambat hati gadis gadis operator indon yang memerhatikan kamu. Agak agak rasa tough sikit, jogging saja tanpa banyak bicara. Kalau ngantuk lagi, apply cuti dan balik tidur.

4. Minum

Nescafe, kopi Aik Cheong, milo, atau apa apa sajalah minuman panas, sedikit sebanyak akan menambah kesegaran ketika menghadap drawing entah hapa hapa. Jangan pula ditogak air kencing syaitan, apatah lagi air kencing sendiri. Buruk perangai namanya tu. Kalau ada makanan sampingan sikit sikit pun bagus. Gula gula getah, Super Ring, Kacang Ngan Yin, Twisties atau Keropok Lekor Boleh dimakan Selalu adalah contoh contoh yang baik. Makanlah bersama teman pejabat yang lain, besar pahalanya.

Dah. Hilang idea. zzz

Tapi sebenarnya perkara yang paling berkesan sekali untuk menghilangkan ngantuk ialah dengan kantol tidur di tempat kerja. Confirm terus segar bugar, sama ada segan sendiri, ataupun segan kena sound dengan bos. Jadi kesimpulannya, tidurlah ketika kamu yakin bos kamu akan datang dan sound kamu. Mudah kan?

Mari tidur walaupun esok weekend yeah!




Bos aku tanye bile nak kawin OMAIGOD!

$
0
0
Yah aku sekarang sudah berada di ofis dan jam sedang menunjukkan pukul 8.23 pagi. Aku tak dapat access internet, jadi aku hanya taip saja sebelum diupdate ke KENCINGKUCING bila aku tiba di rumah nanti.

Aku ade satu addiction baru baru ini.

aididmuaddib


Inilah blog yang aku akan bukak tiap tiap malam, dan baca setiap posting. Lepas tu baca pulak komen komen yang membontoti setiap posting dalam blog tu. Walaupun blog tersebut hanya mula beroperasi pada bulan oktober lalu, tapi jumlah pengikutnya sangatlah awesome. Penulis, aidid muaddib adalah seorang doktor, pada hemat aku bukan main main punya doktor. Blog beliau ini mainly berkisar tentang MLM dan makhluk makhluk yang seumpanya dengannya.

Aku rasa blog ni sangat best untuk dibaca sebab dia ni jenis pandai yang sempoi. Doctor tapi perangai macam engineer, haha. Orangnye sangat analytical dan skeptical. Mende mende merepek yang banyak dijual pakai MLM semua die nak banteras. Beliau bukan banteras hanya dengan caci maki bak orang yang ditipu MLM, tapi berserta hujah hujah scientifik dan kedoktoran, yang bilamana dibaca pasti mendatangkan ngantuk. Sebab tu aku suka baca malam malam jadikan ubat tidur.

Di bawah adalah list sedikit sebanyak MLM dan product product yang dia caci maki secare terkutuk dalam blog beliau:

HyproBulkSMS
Unstoppable
Ads4Bucks
Gelang AC Mizal
Tuala Wanita Avail Beauty
Detox Foot Patch
Makanan makanan kesihatan Transfer Factor
Dr Azizan tilik hari lahir
Millionaire MindPower

dan ade lagi yang aku tak ingat.

Nasib baik takde satu pun perkara kat atas tu aku terlibat. So tak terase la bace blog die haha.

Sejak azali lagi aku memang menyampah dengan segale macam MLM dan sepupu sepapat die. Kalau kamu masih ingat aku ade bercerita panjang lebar pasal MLM ni kat sini. Persepsi aku memang tak akan berubah; MLM memang palat. Tak kisah la kalau kamu kate MLM ade panel syariah la, untuk pendidikan la, kesihatan tiptop, dan ape ape jadah lagi. Sebab MLM memang pyramid scheme. Bila dah pyramid scheme, harga barang RM 5 jadi RM 500. Tak ke palat tu? Nak kayekan orang atas saje. Baik penjual MLM tersebuk mintak sedekah lagi bagus. Lepas tu yang sibuk dijaja penjual penjual MLM ni bukan product, tapi cerita cerita kejayaan, dapat tolong mak bapak, sebulan income 16juta, pakai kereta BMW dan macam macam lagi. Product nye mane, bodoh?? Kata penjual, kena la ada product.

Heh, seronok kan kutuk MLM? Padahal dulu hampir hampir jugak terpedaya dengan celaka camni. Baru baru masuk U, apalah sangat tau dengan pancaroba dan kedasyatan masyarakat. Diterjah penjual MLM LUXOR, dah siap isi borang dah, nasib baik tak bayar apa apa pon. Tengok yang join sume entah kemana perginya. Bebual nak pungpang pungpang.

Si AididMuadib ni sangat pantang dengan MLM ni. Memang patut pon pasal kerja menipu orang. Tapi nak buat macam mana, tu punca rezeki diaorang, kalau boleh dikatakan rezeki lah. Setiap orang ada punca rezeki masing masing. Duit, siapa taknak, kan? Halal Haram belakang kira. Mencuri pon satu kerja jugak. Pembunuh upahan, kerja jugak. Kita berhak marah bila kena samun, kena rompak. Kena bunuh boleh la nak marah sebab tak sempat. Senang kate, kita berhak rasa apa apa pon. Tapi itu sudah kerja mereka mereka ni semua. Daripada takde kerja, menganggur. Lagi orang benci, agaknya?. Macam salah satu ayat keramat Wan Saad, "Kalau dah kerja menipu orang tu, kerja je sampai bila bila." Yah itu semangat yang kita mahu.

Pada aku, asal jangan kena dekat aku dan famili sudah. Rakan rakan ade yang dah terjebak, malas lah aku nak cakap. Masing masing dah besar. Kontol masing masing dah panjang. Dah boleh pikir mende tu merepek ke tak. Kalau jual piring kace sekeping harga 2,3 ribu pon kamu tak cakap mengarut, memang aku dah tak boleh buat apa lagi dah.

Berbalik kepada blog tadi, selain MLM, blog tersebuk jugak maki hamun product yang tak jual pakai MLM tapi memberi kesan menakjubkan pada pengguna, konon kononnya. Banyak yang dia maki, tapi aku nak fokus dekat detox foot patch tu je, sebab aku dah banyak kali direct contact dengan mende nih. Kat tepi jalan pon melambak dah jual. Kawan aku sendiri jual. Dan ramai kawan aku yang penah pakai. Hampir hampir nak beli pon ade. Tapi aku memang dasar kedekut, dan aku rase ginjal dan hati aku masih tiptop, so nasib baik.

Ok menurut aidid muadib ni detox foot patch ni takdelah memberi kesan seperti yang digembargemburkan konon kononnya boleh tarik toksin, logam berat dan macam macam lagi melalui tapak kaki. Aidid muadib kata segale toksin toksin dalam badan tak boleh keluar dari tapak kaki, kecuali kalau dirobek tapak kaki tersebut dengan pisau rambo. Beliau juga telah buat ujikaji, tengok sendiri dekat blog beliau. Komen komen yang ikut post tersebut jugak ade dari doctor doctor yang menyokong si aidid ni. Aku pon sokong jugaklah. haha.

Beberapa kawan aku da pakai mende ni. Memang diorang cakap time pakai boleh rase kebas kaki, macam ade mende tarik tarik darah pegi tapak kaki. Bile aku fikir fikir balik tu hanyelah placebo effect je. Tak percaye cube kamu baring, tegakkan kaki dan fokus dekat kaki. Mesti kamu ada rasa something jugak. Tak payah pakai patch ape ape pon dah boleh rase. Kalau kamu pakai patch tu dah percaye mende tu nak jadi, memang jadi lah. Warna hitam lepas pakai? Haa tu kamu kena bukak blog aidid muaddib nih. Memang terbaik haha.

Jadi lepas dah jadi pengikut blog ni, aku secare auto menjadi lebih skeptikal tentang mende mende yang ada di pasaran yang kebanyakannya hanyalah menjanjikan kesihatan palsu tanpa clinical results yang sah. Dulu dulu dapat brochure atau pamphlet MLM atau product product macam ni, rase terpegun je dengan testimonial testimonial yang ade dalam tu. Terfikir tak kita testimoni tu semua hanyalah karangan karangan untuk promote mende tu? Dapat ke kita pastikan kesahihan testimoni tersebut? Andaikata pon kita dapat jumpe orang yg bagi testimoni tu, kita boleh konfemkan ke die tak kencing kita? At the end of the day, hanya scientific approach atau research papers je yang dapat buktikan semua tu. Setakat testimoni tu, buang aje lah dalam tong sampah.

Aku suka satu statement dalam blog beliau:

"Being an academic makes you skeptic. Being skeptic will take you far."

Syukur Alhamdulillah...(Hai-O)

Jawatan Kosong Kerajaan 2011

$
0
0
Cukup cukup la tu cari kerja kerajaan kat internet. Banyak lagi kerja boleh dapat kat luar tu. Sibuk dikejarkan kerja kerajaan yang sarapan sampai 2 kali tu, padahal banyak lagi peluang yang terhidang depan mata. Nak tak nak saja.

Dah lama rasanya tak menaip dalam english. Tapi nak menaip malas pula. Aku kopipes sajalah dari catatan aku semasa friendstertengah kuat dulu, boleh? So here goes.

Is Title so Important?

So, this is my second time posting my humble thoughts in English. As I said earlier in a previous post, I will again type in English if and only if the thing that I want to share is relevant to be typed in English.

Being so skema, am I?

Mind you, this is the period of me trying to improve my English. One way to achieve that is by willingly, without any external force, loading myself with excessive amount of English articles from Wikipedia, blogs, papers and many other sources from the internet. All of them in just one click away. Convenient, is it?

This sudden English-mode that I am into, it is not because that I want to impress others with my ‘broken English’, but this act is a mustfor me, since I have a housemate from Thailand who cannot speak Bahasa Malaysia as fluently as everybody else inside the house. So it is like a chicken talking to a duck almost every time we converse in Bahasa.

Well, I lied.

Dude, he is from Thailand, a country very next to us. And after being here for about 4 years, obviously his Bahasa is acceptable for us. Plus, his father was from Kelantan, adding points for his not-so-fluent Bahasa.

But then, there are still some difficulties for me and my housemates. It is due to the fact that there are many market terms or Bahasa Pasar that he still does not understand. Terms like jimbit, kepala otak, mucuk??, and others that we all Malays should know, are very alien for him. He, knowing the importance of understanding all these terms, keeps asking us every time he heard us pronounce a new word.

“Mok, ape tu jimbit??”

Clueless as I also do not know the exact meaning.

In other story:

“aku nak pegi jusco ni, nak beli tiram

tiram? What the hell you want to buy tiram?? You want to cook or what?”

“It’s for me to sleep la dude! The tiram I have now is so fucked up !”

“lol.. It’s not tiram, it’s tilam dude!! Mattress kan?”

“oo”

And we were laughing, rolling our asses on the floor.

Above is just one of many hilarious conversations we ever had since we started living under the same roof about 3 month back.

Although he is always being laughed by others, but his passion of learning our language is a thing I really admire. He never feels offended every single time we laugh at him about his words. Instead, he too, laughed. After we all stop laughing then will he ask for meaning of the words. Eventually, his knowledgeof Bahasa increase, but still can be very laughable at times. Hey, at least he does not pronounce mattress as tiram, anymore.

By time, I noticed that it is important for me to improve my English so that I can easily explain to him any Malay word which he does not understand. It is not a very good move to explain the words in Bahasa Malaysia as he would take more time to understand the meaning. And is is indeed a very bad move if I am trying to explain the meaning in Thai language, don’t you agree?

Thus, this is me, improving my English so that I can converse better with him. But this is not the time when there is a teacher that will tell me this and that, correct my grammar or anything. This is the time for me to learn English on my own. Is it too late for me to start practicing English in a serious way? You tell me.

*please correct me if you find any grammar mistake during reading this post.

+++++

The writings above were posted on my previous blog, which is hosted by friendster, during my internship in Kuala Lumpur. How I missed such days, living a carefree life, with not much responsibilities and all.

Can anyone teach me how to travel in time, please?





19 Hari yang Menakjubkan

$
0
0
Malam tadi adalah kali pertama aku direct contact dengan politik tanah air. Yes, aku selagi boleh elak berbual politik, aku malas ambil berat hal politik, aku tak ambil port dan ya aku belum mendaftar sebagai pengundi lagi. Malas.

Disebabkan hal malam tadi, mungkin aku akan masuk berita hari Isnin nanti. Mungkin.

Malam tadi juga selepas berpolitik, bermula jam 4.30 pagi aku bersama rakan rakan sepolitik bermain permainan yang kita namakan "rezeki anak anak". Setelah 'mandi' lebih kurang 8 ringgit, ternyata malang tidak mengenal erti kasih sayang. Balik rumah main Texas Hold 'em Up untuk balas dendam.

Jadi aku boleh simpulkan malam minggu semalam OK dan berjaya kerana penuh aktiviti sampai subuh. Sehat tak sehat belakang cerita.

Sejak bekerja ikut office hour ni, aku sangat sangat menghargai weekend. Malam weekend. Start 5.30pm hari jumaat, aku dah switch on weekend mode aku. Apa apa aktiviti yang aku kira tak memalukan jiwa raga, pasti akan ku sertai dengan tawadhuk dan berhemah tinggi. Sesungguhnya aku rase satu kecelakaan besar sekiranya pukul 1030pm jumaat malam sabtu aku masih tercongok di rumah. Rasa macam "Eh wadehel weh malam minggu kat umah wadehelll??"

Antara aktiviti yang mula menular di kalangan masyarakat untuk membuang waktu senggang di hari minggu adalah karaoke. Selain kos yang tidak terlalu tinggi macam clubbing, karaoke juga membolehkan kita melalak tak ingat dunia tanpa perlu menjaga hati audience yang terpaksa dengar suara sumbang kita. Kita yang bayar mampos la kan orang nak cakap suare sedap atau tidak, betul? Karaoke juga adalah aktiviti yang amat general, semua orang boleh join. Suara tak sedap? Persetankan. Tak pandai nyanyi? Tengok lirik. Malu nyanyi depan orang ramai? Boleh pakse. Takde duit? Member payung. Paling bangsat sekalipun kamu boleh ikut serta dan gelak ketawa ramai ramai ikut nyanyi, kalau takut pegang mic lah.

Aku mula bergiat cergas dalam aktiviti karaoke ni sejak beberapa tahun lepas. Macam macam pattern karaoke aku dah try. Karaoke jamban, Karaoke kandang, bilik VIP, bilik kecik, karaoke terbuka 1 lagu singgit di restoran, karaoke free kenduri kawin, nyanyi atas stage time dinner, semua setel. Yes memang aku suka nyanyi walaupun suara tak sedap eh biar lah kan?

Walaupun kamu pergi karaoke bersama rakan rakan untuk have fun, terdapat perkara perkara yang kamu perlu ambil berat untuk menjadikan sesi karaoke itu bermakna dan mampu melahirkan kenangan indah yang boleh diingat hingga ke akhir hayat. Pastikan point point di bawah kamu patuh dalam menjalani aktiviti karaoke yang sihat dan bebas dadah.

1. Pencetus aktiviti.

Biasanya karaoke ni adalah aktiviti yang tak dirancang. Tetibe rase bosan, terus roger rakan rakan cakap tekak gatal dan rindu bau microphone. Ajaka melalui facebook dengan dua patah perkataan, "DEROMI JOM?" pasti berjela komen komen kat bawah nak follow. Tapi biasalah bebual memang paling mantap karang yang jadinye seketul due ketul je. Camne nak perform nanti? Postpone saja ke tarikh lain.

Bagi sekumpulan yang bekerja, biasanya aktiviti karok dirancang sedikit awal, mungkin sehari dua untuk membolehkan jadual disusun cantik dan tiada orang yang kena tinggal sebab dah apply OT. Taip ayat ayat manis sikit kat emel, dan CC kan ke semua kaki kaki karok yang dikenali di tempat kerja. Emel macam ni memang aku suka betul. Buat kerja aku jadi tak tentu arah. Mane nak bace emel rakan rakan sekerja merepek entah hapa hapa, emel bos, emel engineer lain. Pening kepala. Tapi karaoke memang best.

2. Kondisi Badan dan Anak Tekak.

Setelah tarikh diset cun cun melecun cun cun, persediaan mental dan fizikal yang mantap haruslah dilakukan demi menjanjikan performance yang tip tip semasa sesi karaoke. Dah boleh stop order sebarang bentuk air sejuk dah. Time mengadap komputer siapkan report, bolehlah buat sedikit senaman bubbling brrrrrrr brrrrrrr degan mempelbagaikan variasi tone suara. Senaman perut jangan sesekali diambil mudah. Diafragma yang mantap penting untuk melontarkan tone yang padu daripada anak tekak. Stamina untuk berjoget ketika lagu dangdut dan lagu Justin Bieber - Baby boleh dipertingkatkan dengan berjogging petang petang sambil usyar gadis genit di taman. Setiap masa adalah amat penting. Daripada menghabiskan masa dengan mengorek hidung ketika driving ke tempat kerja, lebih elok sekiranya masa tersebut digunakan untuk melatih suara dengan mengalunkan lagu lagu rock kapak menggunakan CD Player dalam kereta.

Kesihatan diri juga amat penting supaya nanti kamu tak tercongok sorang sorang di sudut bilik karaoke ketika rakan rakan sedang berjoget ketika lagu Mas Idayu - Senggol Senggolan Cubit Cubitan dimainkan. Itulah gunanya aktiviti jogging di petang hari. Selain stamina yang mantap, kesihatan juga terjamin.

Selain dari itu, pakaian dan kekemasan diri juga memainkan peranan penting, tidak hanya dari segi keseronokan berkaraoke, tapi juga untuk mengelakkan kamu dicemuh dan kena nyanyi sorang sorang akibat rakan rakan tidak mahu mendekati kamu. Yelah takkan baru lepas futsal nak terus terjah karaoke kot. Balik lah mandi dulu. Nak perform pon selesa dan berkeyakinan tinggi.

3. Kedatangan

Apabila tiba waktu yang dijanjikan, maka berduyun duyunlah kita menuju ke pusat karaoke sambil dalam kepala otak terngiang ngiang lagu yang ingin dipersembah atau dipersampahkan kepada khalayak rakan rakan kita. Dalam kereta on the way karaoke terhidang lagu lagu rock paling kapak untuk mendatangkan mood. Lagi lama dan lagi rare lagu rock kapak, lagi pergi die punye semangat. Memang berkobar kobar betul ni. Kalau ade botol deodorant dalam kereta pasti dah digenggam kemas sambil menyanyikan lagu Karam - Zabarjad.

Untuk menjadikan kita seorang pengkaraoke yang disegani dan disayangi ramai, perkara pokok yang harus kita lakukan ialah jangan lewat. Janji 830pm maka 820pm lah kita sampai. Nak book bilik lagi, tunggu bilik kosong lagi, setting sound sistem lagi. Ngam ngam choi lah 830pm. Balik juga begitu. Kalau dah book sampai 4 jam, adalah sungguh elok kalau kita dapat balik bersama sama selepas 4 jam tersebut. Tapi 4 jam karaoke adalah agak gile dan menguji kesabaran anak tekak. Perkara ini haruslah dibincangkan demi menjanjikan kepuasan semua pihak. Pergi bersama, balik pon bersama. Kan cantik tu?

4. Jangan pergi karaoke sorang sorang.

Sepanjang pengamatan aku di pusat pusat karaoke yang aku kunjungi memang tak pernah aku lihat ade orang karaoke sorang sorang. Hatta penyanyi penyanyi terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza, Noh Hujan, atau Heliza Misbun pun aku percaya tak pernah buat kerja gila pegi karaoke sorang sorang. Perdana Menteri Jepun pun aku ingat tak akan pergi karaoke sorang sorang. Kalau karaoke kat rumah possible kot.

Kalau kamu rasa suara kamu tak sedap nak mampus sampai kena pergi karaoke sorang sorang dengan niat nak prektis, tolonglah jangan jadi gile. Tak pernah pula ade orang putus kawan sebab time karaoke nyanyi tak sedap. At least mesti berdua baru seronok dan muhibbah. Lagi ramai lagi bagus. The more the merrier, kan?

Tapi kalau difikirkan dengan lebih mendalam, ada beberapa perkara yang membolehkan kita karaoke sorang sorang seperti; melalak di dalam kereta time pergi kerja, mandi, memasak di dapur, dalam bilik sorang sorang prektis gitar, dan last sekali yang paling cun, mengigau menyanyi time tidur.


5. Pilihan Lagu lagu.

Secara am nya pelbagai genre lagu boleh dinyanyikan semasa karaoke. Bergantung pada kawan kawan yang kamu bawa semasa sesi karaoke tersebut. Ada yang jenis tak kisah menyanyi ramai ramai walaupun lagu tersebut dipilih untuk test power anak tekak. Jenis macam ni yang seronok dibawa karaoke. Lagu artis solo tak pasal pasal boleh jadi lagu boyband. Lagu Justin Bieber boleh jadi macam lagu Backstreet Boys. Lagu Haida – Hajat boleh dinyanyikan beramai ramai seperti Feminin. Cantik bukan? Macam setan.

Ada juga certain orang yang agak keberatan untuk berkongsi nyanyi apabila lagu tersebut dipilih secara eksklusif untuk dirinya saja. Ini pendirian orang tersebut dan kita perlu hormati. Sekiranya gatal juga tekak nak ikut dia menyanyi, tak payah pegang mic dan nyanyilah perlahan buat telinga sendiri saja. Lebih lebih lagi lagu yang memerlukan kekuatan vokal yang tinggi, yang pastinya memerlukan kosentrasi yang padu daripada penyanyi tersebut. Lagu lagu seperti Wings – Misteri Mimpi Syakila dan Awie – Penjara Janji tidak boleh dipandang enteng dan hanya beberapa orang terpilih saja patut memicit lagu ini.

Jarang sekali lagu nasyid dipicit ketika sesi karaoke. Aku rasa ia akan mendatangkan perasaan awkward kerana semua orang tahu karaoke adalah perbuatan yang amat lagho dan hedonisme yang sesungguhnya sangat ironi dengan lagu nasyid yang mendekatkan kita kepada tuhan, sepatutnya. Tapi kita kena consider group nasyid wakil sekolah yang praktis karaoke. Jadi tepuk mic tanya anak tekak lagu apa yang patut dipilih.

Kalau rasa nak berjoget sambil exercise, lagu lagu dangdut adalah pilihan yang sangat wajar. Mas Idayu - Senggol Senggolan Cubit Cubitan, Amalina - Asyik, atau Kocok Kocok - Inul Daratista, atau lain lain lagu dangdut seronok dinyanyikan beramai ramai diikuti tarian tarian ringan penaik semangat. Kalau aku, Justin Bieber – Baby adalah lagu wajib joget aku. Style kan lagu tu kan? Die punye shuffle tu yang buat layan tu.

6. Adab Bersama Kaum Hawa

Kadang kadang aku menjalankan aktiviti karaoke bersama gadis gadis dari tempat kerja atau rakan rakan sekelas sewaktu belajar dulu. Sememangnya lagi seronok karaoke bersama gadis gadis ni. Tak la lagu yang dipilih terhad kepada lagu lagu rock kapak lelaki saja. Karaoke bersama gadis juga membolehkan kita memicit lagu duet laki pompuan. Kita sebagai lelaki paling tidak mesti sedikit meningkat semangat kita untuk menyanyi bila karaoke dengan gadis gadis ni.

Namun janganlah keseronokan berkaraoke bersama gadis gadis ini dicemarkan dengan aktiviti tidak bermoral. Ingatlah mereka sudi meluangkan masa melalak dengan kamu, tapi kamu tak hormat mereka pula. Tak cantiklah macam tu. Perlu diletakkan batas batas yang jelas, walaupun untuk berhibur. Perkara ini aku kira semua orang patut faham dan sendiri mahu ingat. Jangan sebab tindakan kamu, lepas ini kamu disisihkan daripada sebarang aktiviti karaoke dan juga aktiviti aktiviti lain. Kan tak best tu, dah hilang kawan.

Ketika berjoget semasa karaoke, cukuplah berjoget tanpa sebarang pergerakan yang mengundang syak wasangka kaum hawa kepada kita. Mereka joget gaya inul daratista sekalipun, layankan je. Kalau kita mahu berjoget sekali, jangan sampai diterjah kaum hawa ini sesuka hati. Pastikan jarak yang selamat untuk berjoget bagi mengelakkan salah faham masyarakat umum.

Rokok. Ini satu perkara juga ni. Kalau karaoke ramai ramai semua lelaki memang biasalah ada rokok yang melekat di mulut sementara menunggu giliran lagu yang dipicit dimainkan. Tapi bila bersama kaum hawa, lubang hidung mereka haruslah dihormati. Kalau kamu nak hisap rokok, keluar dan hisaplah pung pung pang sampai asap tembus ikut dada pun tak apa. Tapi kalau pegi karaoke dengan gadis yang huha huha jenis takde hal aku hembos saja. Dah pakwe die pon hisap rokok selamba memang tak perlulah aku nak huru hara hisap rokok di luar.

7. Aktiviti Susulan

Selepas berpenat lelah berhempas pula membuat persembahan, terpulang pada masing masing untuk menamatkan sesi karaoke tersebut. Aku suka melanjutkan aktiviti bersama rakan rakan dengan melepak minum di mamak sebelum pulang. Boleh post mortem tentang prestasi masing masing dan dapatkan pandangan rakan rakan tentang kemantapan vokal kita, walaupun rakan rakan kita pun haram jadah vokalnya. Lagipun kan kering tekak dah nyanyi terus 2,3 jam. Tak kan lah tak haus? Kalau terus balik rumah minum air masak saja tak datang lah kepuasan maksima. Paling koman kena nescafe ais, balas dendam sebab dah berhari hari tak minum ais nak jaga suara punya pasal. Lepas minum minum dan mengumpat kutuk suara sesama kita, bolehlah pulang ke rumah menuju ke katil tercinta untuk tidur. Sebelum tidur basuhlah kaki. Karang nanti mengigau melalak time tidur, mahu lari ahli ahli rumah yang lain takut kalau kalau kamu kena sawan babi.

...............................................................

Minggu lepas saja 3 kali aku karaoke. 2 kali dengan rakan rakan setaman, sekali dengan rakan rakan sekerja. Memang aku ade sikit susah nak mengelak ajakan karaoke nih. Tapi aku pelik kenapa suara aku tak sedap sedap ni. Nyanyian aku salah dari segi teknikal ke? Perlukah aku ambil kelas vokal? Perlukah aku terus mengharapkan? Camar yang hilang kembali ke sarang. Apakah masih ada kerinduan? Yang tersimpan di hatimu sayang.

Viewing all 26 articles
Browse latest View live